nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan PN lebih responsif pada suara NGO Islam

19 SEPT: Perjuangan membela dan mempertahankan kesucian Islam tidak harus dilakukan menerusi pendekatan yang ekstrem atau melampau sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam apa jua keadaan semua pihak mesti sedar Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang sentiasa mementingkan kesederhanaan dan keharmonian dalam hubungan kaum dan agama.

“Justeru, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk amalan ekstremisme yang boleh menggugat keharmonian kaum, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Seperti mana yang telah pun diamalkan di negara ini, tindakan tegas berlandaskan undang-undang diambil terhadap pihak-pihak yang menyebarkan amalan dan fahaman ekstremisme tanpa mengira agama,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin NGO-NGO Islam di Putrajaya hari ini.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan.

Menurut Perdana Menteri, dalam membela kedudukan Islam dan memelihara kemurnian akidah umat Islam, pendekatan yang diambil mestilah berteraskan prinsip hikmah dan nasihat yang baik.

“Ini seperti mana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 125 yang bermaksud, ‘Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik’,” katanya.

Dalam konteks ini, kata Perdana Menteri, YADIM sebagai institusi dakwah mempunyai peranan yang amat penting dengan bukan sahaja untuk menyemarakkan kegiatan ilmu dalam kalangan masyarakat Islam, tetapi melaksanakan tugas dakwah secara berhikmah menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan, latihan dan outreach yang dilaksanakan.

Katanya, peranan ini juga perlu disokong dan digalas secara bersama oleh NGO-NGO Islam.

“Kita semua maklum bahawa melalui perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 2009, sebuah majlis yang dinamakan sebagai Majlis Amal Islami Malaysia atau MAIM telah ditubuhkan di bawah YADIM untuk menjadi platform penyelarasan NGO-NGO Islam di Malaysia.

“Sesuai dengan semangat kebersamaan dan amal jama’ie yang subur dalam kalangan penggerak NGO Islam, saya berharap agar majlis ini dapat digerakkan semula oleh barisan kepimpinan YADIM yang baharu agar dapat bersama-sama membantu pihak kerajaan memperkasa usaha dakwah dan tarbiyyah di negara ini.

“Selain itu, majlis ini juga wajar berperanan sebagai pemangkin perpaduan dan penyatuan ummah. Umat Islam mestilah bersatu padu tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan latar belakang sosial,” ujarnya.

Tambah Muhyiddin, beliau percaya dengan penyatuan ummah yang sebenar, banyak perkara-perkara kebaikan yang boleh dilakukan demi kebajikan umat Islam dan kemajuan negara.

“Di bawah kepimpinan saya, kerajaan Perikatan Nasional akan lebih sensitif dan responsif terhadap suara NGO-NGO Islam.

“Saya percaya bahawa ruang yang diwujudkan, sama ada melalui platform YADIM mahupun saluran komunikasi secara langsung kepada pihak kerajaan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Islam di negara ini untuk memperkasa usaha dakwah dan pembangunan ummah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.