nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keutamaan rakyat Malaysia isi peluang pekerjaan

22 SEPT: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa memberi keutamaan kepada pekerja tempatan untuk mendapat peluang pekerjaan lebih-lebih lagi ketika negara menghadapi cabaran pasca COVID-19.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata, kerajaan sedar tentang kebimbangan rakyat yang memberi impak bukan sahaja terhadap sektor ekonomi negara malah ia turut memberi perubahan besar kepada keseluruhan kehidupan rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan, kerajaan telah mengambil tindakan untuk memastikan pekerja asing hanya digajikan apabila mereka benar-benar diperlukan dalam sektor yang kurang sambutan pekerja tempatan.

AWANG HASHIM

“Antara inisiatif kerajaan termasuklah mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam semua sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing sehingga 31 Disember 2020.

“Kerajaan juga memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja, Bantuan Mobiliti dan Program Latihan di bawah PENJANA dan melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) melalui dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

“Di samping itu, Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) yang berperanan untuk membincangkan inisiatif reformasi jangka panjang serta menyelaras dan memantau pelaksanaan semua inisiatif pekerja di bawah PENJANA,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk T Mohan menyatakan langkah-langkah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan bagi pemerkasaan tenaga kerja di dalam negara selaras dengan tuntutan kehidupan norma baharu pasca pandemik COVID-19.

Awang memberitahu, Kementerian Sumber Manusia turut memberi kelonggaran kepada mana-mana majikan menetapkan SOP pekerjaan yang sesuai untuk dilaksanakan tertakluk kepada persetujuan antara majikan dan pekerja.

Tambahnya, majikan boleh menentukan jenis pekerjaan yang sesuai dilaksanakan oleh kakitangan disamping memastikan faedah-faedah penggajian dapat dinikmati sama seperti kaedah bekerja di pejabat.

“Selain itu, kerajaan juga telah menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019 mulai 1 September 2020 yang menetapkan kewajipan majikan dan penyedia penginapan menyediakan penginapan mengikut spesifikasi tertentu.

“Pindaan Akta 446 ini turut bertujuan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berkenaan Penginapan atau Asrama Pekerja Asing yang menggariskan standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas serta elemen keselamatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh majikan.

“Melalui Akta 446 ini, penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19, SARS, denggi, leptospirosis dan tuberculosis dapat dibendung sekaligus menjamin kebajikan dan keselamatan semua pekerja,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.