nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada perancangan tubuh semula SPAD

22 SEPT: Kerajaan tidak bercadang menubuhkan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dimansuhkan memandangkan peranan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah memadai.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, peranan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat yang dahulunya di bawah SPAD kini dikekalkan di bawah APAD.

“Tujuan utama penubuhan APAD adalah bagi memastikan kelancaran dan kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan berkaitan dengan program transformasi pengangkutan awam darat.

“Pelaksanaan dasar dan inisiatif ini kekal dilaksanakan oleh bekas kakitangan SPAD yang ditawarkan perkhidmatan secara kontrak di APAD, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan bagi tempoh dua tahun sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

HASBI HABIBOLLAH
HASBI HABIBOLLAH

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Prof Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah yang bertanya sama ada kerajaan akan mewujudkan semula SPAD.

Hasbi menambah, kementeriannya mempunyai cadangan untuk menetapkan hala tuju APAD bagi memperkasakan lagi fungsi kawal selia industri pengangkutan awam darat.

Menurut beliau, satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh pihak-pihak berkepentingan akan ditubuhkan untuk menetapkan dan memuktamadkan hala tuju agensi tersebut.

“Kerajaan telah mengambil keputusan ini bertujuan untuk menambahbaik aspek pengurusan dan perbelanjaan kewangan kerajaan selain daripada memastikan keberkesanan dan keseragaman aspek perancangan dasar dan pembangunan pengangkutan awam darat di seluruh negara.

“Pemusatan semua agensi-agensi yang terlibat dalam aspek perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan berkaitan pengangkutan di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan didapati akan dapat menambah baik aspek keberkesanan, inklusiviti dan koordinasi pembangunan dan pelaksanaan dasar serta inisiatif yang dirancang,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.