nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH manipulasi isu batal projek rundingan terus

24 SEPT: Pelbagai taktik dan cara digunakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam usaha terdesak merayu rakyat Sabah mengundi Parti Warisan Plus dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini,

Penganalisis politik, Kamarul Zaman Yusoff berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng umpamanya telah memainkan isu pembatalan projek khas bernilai RM10.68 juta yang beliau luluskan sendiri ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan sebelum ini.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bagan itu dikatakan menuduh pula pembatalan projek khas untuk rakyat di Sandakan oleh kerajaan PN adalah tindakan balas dendam politik yang jelas terhadap kerajaan negeri Warisan Plus yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

KAMARUL ZAMAN YUSOFF

“Yang dijadikan isu ialah pembatalan peruntukan RM1 juta untuk membaiki rumah orang cacat penglihatan yang didakwa menjadi bukti betapa kerajaan PN jelas buta hati terhadap tanggungjawabnya kepada rakyat Sabah.

“Tentulah kerajaan PN mempunyai alasan konkrit untuk membatalkan projek khas yang diluluskan Guan Eng itu. Ia bukan tindakan balas dendam politik untuk memangsakan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya semalam menyifatkan pembatalan projek khas itu oleh kerajaan PN satu tindakan politik balas dendam dan tidak menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 untuk Sabah.

Kamarul Zaman yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) UUM memberitahu, hasil makluman dari pihak berkuasa mendapati pembatalan projek khas itu bukan muktamad namun untuk membolehkan siasatan dijalankan di tapak projek terhadap keperluan serta kebolehlaksanaan lima projek berkenaan.

Beliau turut mendedahkan peruntukan untuk lima projek ini telah diluluskan Guan Eng tanpa melalui proses siasatan yang sewajarnya terhadap keperluan dan kebolehlaksanaan projek.

“Paling menonjol mengenai ketiadaan kebolehlaksanaan ini adalah kelulusan terhadap permohonan peruntukan RM1 juta oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong bagi membiayai projek membaik pulih Asrama Taman Cahaya (rumah orang cacat penglihatan) di Sandakan.

“Kelulusan permohonan ini telah Guan Eng beri pada 25 November 2019, diikuti persetujuan terhadap permintaan Vivian supaya projek ini diberikan secara runding terus kepada sebuah syarikat tertentu.

“Apakah amalan runding terus dengan menyalurkan peruntukan kepada syarikat tertentu tanpa sebarang terma dan syarat amalan tadbir urus baik yang selari dengan prinsip Kompetensi, Kebertanggungjawab dan Ketelusan (CAT)?” soalnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.