nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hampir 100 repot polis dibuat ke atas Mohamaddin

25 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima 171 laporan berkaitan pelbagai kesalahan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, hasil daripada laporan yang diterima, polis membuka 52 kertas siasatan.

Katanya, antara aduan yang diterima adalah membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah.

“Polis turut menerima banyak kes yang akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selain itu, polis turut menerima 97 laporan berhubung kenyataan calon Parti Warisan Sabah, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkenaan insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 yang disifatkan satu sandiwara dan berkepentingan politik,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Hazani berkata, daripada jumlah itu, 61 laporan dibuat di Sabah manakala selebihnya diterima di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Hazani berkata polis Sabah sudah bersiap sedia dan memberi jaminan hari pengundian yang diadakan esok akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, polis akan memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam sentiasa terjamin ketika menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Esok polis akan mengadakan beberapa sekatan jalan raya bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin sepanjang masa.

“Orang ramai juga diminta supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga jarak,” katanya.

Hazani berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang melanggar peraturan termasuk mereka yang menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan kekacauan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.