nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan siar, sebar nama individu positif COVID-19

1 OKT: Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang mengeluar atau menyebarkan nama individu yang positif COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Kementerian Kesihatan tidak pernah menyiarkan nama individu yang positif COVID-19 kerana ia tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

Beliau berkata, berhubungan arahan kuarantin 14 hari, hanya Kementerian Kesihatan sahaja boleh mengeluarkan surat pengesahan kepada setiap individu sama ada mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19 atau yang mempunyai gejala.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak penularan berita palsu seperti penularan beberapa pasar raya dan bank yang terlibat kes positif COVID-19. Penularan berita palsu ini telah menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Ingin ditegaskan hanya Kementerian Kesihatan yang boleh menentukan kawasan-kawasan awam tersebut mempunyai kes positif COVID-19. Begitu juga, penularan beberapa berita palsu mengenai nama individu yang dijangkiti COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan berita palsu dan menyebarkannya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuat kuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober sehingga 16 Oktober ini

“Namun begitu, perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah,” jelasnya.

Ismail Sabri memberitahu, sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

“Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam COVID Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 98 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu, seramai 95 individu telah dikompaun manakala tiga direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (34), penjarakan fizikal (24), tidak memakai pelitup muka (22), gagal lunas caj kuarantin (10) dan gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (8),” ujarnya.

Berhubung Operasi Benteng, Ismail Sabri menjelaskan, pasukan keselamatan telah menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas sebuah bot dan tiga kenderaan darat semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.