nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP seluruh negara boleh runtuhkan ekonomi – PM

6 OKT: Kerajaan setakat hari ini tidak memikirkan soal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau total lockdown seperti yang pernah dilakukan ketika awal penularan wabak COVID-19 Mac lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah ini jika dilaksanakan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, na’uzubillah.

“Apa yang akan dilakukan oleh kerajaan ialah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes-kes COVID-19 yang tinggi.

“Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan-kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

“Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani penularan COVID-19 tanpa perlu kita menutup sektor-sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya dalam perutusan khas beliau mengenai perkembangan wabak berkenaan hari ini.

Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan ke sebuah pusat perniagaan di Melaka baru-baru ini

Tambah Muhyiddin, setakat ini, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar dan apa jua keputusan yang diiambil, perlu mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat yang keluar bekerja.

Katanya, ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

“Sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya.

“Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas,” jelasnya.

Menurut Muhyiddin, mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi telah membuat keputusan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai hari esok.

Katanya, setelah berbincang dengan Ismail Sabri, beliau telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan.

“Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat
perubahan kepada jadual perjalanan mereka.

“Tarikh baru sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.