nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UPSI, Ustaz Ebit Lew jalin kerjasama

6 OKT: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menjalinkan kerjasama dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew khususnya membabitkan perkongsian pengalaman dalam bidang sukarelawan.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya menyambut baik kesediaan Ebit untuk membantu dan menganggap kesudian beliau hadir ke kampus sebagai titik permulaan kerjasama yang sihat.

Menurut beliau, UPSI telah menerima surat permohonan secara rasmi daripada Ebit untuk membantu pelajarnya pulang ke kampung susulan arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya semua institut pengajian tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka berikutan peningkatan kes COVID-19.

Ebit Lew menyediakan dua bas untuk membawa pelajar-pelajar UPSI pulang ke Kelantan dan Terengganu.

“Kerjasama bukan sahaja dalam bentuk penghantaran pelajar pulang malah perkongsian pengetahuan dalam bidang diceburi pendakwah itu.

“UPSI sememangnya menggalakkan pelajar menceburi bidang sukarelawan dan dengan pengalaman yang ada pada Ustaz Ebit, saya yakin beliau dapat membantu pelajar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohammad Shatar berkata, perkongsian pengalaman itu bukan sahaja meningkatkan ilmu pengetahuan malah kebolehpasaran graduan.

Berhubung penghantaran pulang pelajar, beliau memberitahu, dua bas disewa pendakwah itu semalam untuk menghantar lebih 30 pelajar pulang ke Kelantan dan Terengganu.

“Bas itu dinyah kuman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di pekarangan Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan bergerak kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ebit kerana sudi datang ke UPSI dan semoga ini memberi sinar baharu. Insya-Allah, saya yakin pada masa-masa akan datang kita akan mengadakan kerjasama untuk kebaikan bersama,” katanya.

Sementara itu, Ebit melalui hantaran Facebooknya tengah malam tadi menyatakan penghargaan kepada Mohammad Shatar dan UPSI atas kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih Datuk VC dan pihak pentadbiran UPSI semuanya termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi.

“Datuk VC minta kerjasama jika ada peluang untuk saya membimbing pelajar UPSI kerja khidmat masyarakat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.