nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD Penjara Seberang Perai, PPR Taman Harmoni

21 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Sungai Jawi, daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang mulai esok hingga 4 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi mengawal penularan COVID-19 di penjara serta kawasan kuarters tersebut dan dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKPD itu membolehkan pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dapat dikawal dan memudahkan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dilaksanakan.

“Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,262 orang merangkumi banduan (2,110 orang), staf penjara dan keluarga yang mendiami kuarters (1,000 orang), staf penjara yang tidak mendiami kuarters (120 orang) dan kakitangan awam (32 orang).

“Tahanan yang akan dibebaskan dalam tempoh PKPD akan diasingkan dan akan dikuarantin di tempat yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pulau Pinang iaitu di Institut Latihan Kecemerlangan Mara (MEC), Daerah Seberang Perai Selatan sehingga tamat tempoh kuarantin,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri turut mengumumkan PKPD di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan mulai 23 Oktober hingga 5 November ini yang melibatkan 870 unit rumah dengan seramai 4,481 penduduk.

Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:
• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
• Kementerian Kesihatan akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
• Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pihak berkuasa tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat
• Maklumat lanjut dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan boleh dirujuk dalam laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, PDRM telah menahan 434 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 400 individu telah dikompaun manakala 24 individu pula direman dan 10 orang dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (188), penjarakan fizikal (77), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (83), dan kesalahan-kesalahan lain (86),” jelasnya.

Beliau menambah, pasukan keselamatan juga berjaya menahan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 10 kenderaan darat dalam Ops Benteng semalam.

Berhubung berita palsu, Ismail Sabri berkata, setakat hari ini, sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 136 masih dalam siasatan, manakala 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau menyatakan, sebanyak 398 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.

Ismail Sabri turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu yang tular dalam media sosial hari ini mengenai kononnya hampir 90 peratus individu yang positif COVID-19 telah mengunjungi pusat-pusat beli belah di sekitar Lembah Klang. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.