nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPB Sabah sambung hingga 9 Nov

24 OKT: Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini Kementerian Kesihatan masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh negeri itu.

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Negeri Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober 2020.

“Sehubungan dengan itu atas cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan nasihat Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sabah selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

Sementara itu, Ismail memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Tropicana yang membabitkan seramai 23 kes postif COVID-19 akan ditamatkan mulai esok.

Menurut beliau, kesemua mereka yang terbabit termasuk kontak rapat sudah diarahkan membuat rawatan di hospital dan menjalani kuarantin wajib.

“Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan membuat sebanyak 503 saringan di asrama pekerja Tropicana dan 23 kes positif direkodkan itu.

“Atas nasihat MKN, sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD ini seperti mana yang dijadualkan. Namun, lokaliti ini masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh Selangor,” katanya.

Sementara itu, Ismail turut menyatakan bahawa Taman Semarak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Balung, Tawau, Sabah dikenakan PKPD selama 14 hari berkuat kuasa Isnin ini hingga 8 November.

“PKPD di kedua-dua lokaliti ini akan membabitkan 4,266 rumah dengan jumlah 21,470 penduduk dan semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya, tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.

“Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini, namun kelonggaran diberikan kepada kedai-kedai runcit untuk beroperasi mulai jam 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang,” katanya.

Tambahnya, PKPD itu diputuskan selepas berlaku peningkatan kes Covid-19 dan bagi membolehkan petugas kesihatan KKM melakukan saringan secara bersasar kepada penduduk. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.