nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1228 kes positif, angka tertinggi dicatatkan

24 OKT: Selepas mencatat kes kematian tertinggi dengan 10 kes semalam, hari ini jumlah kes baharu positif COVID-19 pula mencatat angka tertinggi dengan 1,228 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1217 kes merupakan penularan tempatan manakala 11 kes lagi dari luar negara.

Menurut beliau. sebanyak tujuh kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 221 kematian.

COVID-19

“Jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 25,742 kes di mana sebanyak 8,966 kes merupakan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

“Sebanyak 92 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 131 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media secara langsung melalui Facebook, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 671 kes sembuh hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 16,555 kes.

Secara terperinci, beliau menjelaskan, Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 889 kes (72.4 peratus) dan jumlah itu adalah tertinggi yang dicatatkan oleh negeri berkenaan setakat ini.

“Meskipun jumlah ini tinggi, buat masa ini masih terdapat kapasiti katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menampung jumlah kes positif.

“Ini juga adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah,” ujarnya.

Dr Noor Hisham menambah, negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 95 kes (7.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes).

Beliau berkata, daripada 95 kes baharu, 29 kes (30.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu.

“Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” jelasnya.

Dr Noor Hisham memaklumkan, sejumlah 502 kes (41 peratus dari jumlah keseluruhan) pada hari ini adalah tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Penjara Reman dan Kluster Tembok dan kes-kes tersebut sememangnya terasing di dalam penjara.

Beliau menyatakan, sebanyak dua kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 468 kes.

Selain itu, kata Dr Noor Hisham, daripada 1,228 kes baharu pada hari ini, Kuala Lumpur melaporkan 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes-kes tersebut melibatkan tiga warganegara dan lapan bukan warganegara yang telah tiba dari negara Singapura (5 kes), Indonesia (3 kes), China (2 kes) dan Emiriah Arab Bersatu (1 kes),” katanya.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 889 kes di Sabah diikuti Negeri Sembilan (96 kes), Selangor (76 kes), Kedah (76 kes), Pulau Pinang (23 kes), Labuan (21 kes), Perak (10 kes), Sarawak (8 kes), Kuala Lumpur (8 kes), Johor (7 kes) dan Melaka (3 kes). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.