nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wajib iklan kerja kosong di MyFutureJobs

26 OKT: Semua majikan yang berhasrat untuk menggajikan pekerja asing melalui program pengambilan semula dan juga permohonan pengambilan pegawai dagang diwajibkan terlebih dahulu mengiklankan kekosongan jawatan tersebut di portal pekerjaan nasional, MYFutureJobs, berkuat kuasa 1 November ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, pengiklanan kekosongan jawatan di MYFutureJobs hendaklah tidak kurang daripada 14 hari bagi program pengambilan semula pekerja asing (yang sedia ada dalam negara) dan 30 hari bagi permohonan pegawai dagang.

“Ini akan disusuli dengan sesi menemuduga calon bersama wakil majikan dan agensi Kementerian Sumber Manusia, iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Maklumat seperti nama jawatan, gaji yang ditawarkan, kelayakan akademik atau kemahiran dan kompetensi yang diperlukan wajib dipaparkan di MYFutureJobs,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

M SARAVANAN
M SARAVANAN

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, majikan juga dikehendaki mendaftar dan membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAX) sebagai syarat pematuhan kepada undang-undang perburuhan bagi penggajian pekerja bukan warganegara.

Saravanan menambah, mulai 1 November juga, mana-mana majikan dan pekerja yang menggunakan JobsMalaysia akan diubah hala ke portal MYFutureJobs.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan untuk menjadikan MYFutureJobs sebagai platform tunggal bagi Kementerian Sumber Manusia memantau padanan pekerjaan yang melibatkan rakyat tempatan.

“Ia juga untuk memastikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia diberi keutamaan. Permohonan pekerja asing atau pegawai dagang hanya akan dipertimbangkan sekiranya tiada rakyat Malaysia yang berminat memohon jawatan berkenaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Saravanan meminta supaya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO membantu pihak majikan mengaturkan sesi temuduga di premis majikan atau mana-mana lokasi yang dipersetujui.

Beliau berkata, PERKESO juga hendaklah menghebahkan kekosongan jawatan tersebut terutamanya bagi kekosongan pegawai dagang kepada semua rakyat Malaysia melalui pelbagai saluran media.

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan pekerjaan dan portal MYFutureJobs, sila hubungi PERKESO di talian 03-8091 5300. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.