nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendirian Malaysia sokong Palestin tetap teguh

9 NOV: Perkembangan di Asia Barat termasuk isu normalisasi hubungan Israel dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), tidak akan menjejaskan pendirian teguh Malaysia menyokong penuh pembentukan sebuah negara Palestin berdaulat dengan Al-Quds atau Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pendirian berkenaan adalah selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Wisma Putra akan terus mengetengahkan pendirian Malaysia dengan menyokong usaha jujur, konkrit dan realistik demi membantu ke arah penubuhan sebuah Palestin berdaulat, pada masa depan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bersatu Bandar Tun Razak, berkata perkembangan di Asia Barat tidak akan menggugat pendirian teguh dan berprinsip kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong penubuhan sebuah negara Palestin berdaulat dengan Al-Quds sebagai ibu negaranya.

Kamarudin Jaffar
KAMARUDIN JAFFAR

“Perkembangan yang berlaku ini tidak akan menggugat pendirian teguh dan berprinsip Kerajaan Malaysia yang senantiasa menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat melalui penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Palestin.

“Malaysia amat memahami ketidakpuasan hati pihak Palestin. Palestin berhak untuk menzahirkan kekecewaannya setelah sekian lama ditindas oleh rejim Israel. Malaysia akan terus menyokong usaha jujur, konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Israel-Palestin ini,” katanya ketika sesi jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kamaruddin menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Sik, Ahmad Tarmizi yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah proaktif bersama badan antarabangsa seperti OIC bagi menyatakan bantahan berkaitan rancangan ketidakadilan normalisasi negara Israel untuk mengiktiraf penjajahan mereka ke atas Palestin.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata Wisma Putra juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini di rantau Asia Barat termasuk isu normalisasi hubungan Isreal dengan negara anggota OIC dan perubahan kerajaan di Amerika Syarikat.

“Mengambil kira kepentingan Malaysia di rantau Asia Barat serta hubungan dua hala dengan negara berkaitan. Kerajaan Malaysia akan sentiasa menangani isu ini dengan penuh teliti dan berhati-hati.

“Keputusan untuk menjalinkan hubungan diplomati dengan mana-mana negara adalah hak sesebuah negara berdaulat. Dalam hal seperti ini kerajaan Malaysia mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam urusan domestik negara lain. Atas prinsip ini juga ia tidak akan menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara lain yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya.

Terdahulu, Kamarudin berkata isu normalisasi hubungan dengan negara Israel ini telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan kalangan masyarakat antarabangsa termasuk di peringkat OIC serta mewujudkan dimensi baru dalam dinamik geo-politik di rantau Asia Barat.

Berikutan itu, Setiausaha Agung OIC, Dr. Yousef A. Al-Othaimeen, sudah mengeluarkan satu kenyataan pada 24 Ogos 2020 sebagai maklumbalas OIC terhadap isu normalisasi Israel untuk mengiktiraf penjajahan mereka ke atas Palestin.

“Beliau mengulangi sokongan padu OIC terhadap Palestin dan menekankan bahawa isuPalestin dan Al-Quds merupakan punca utama penubuhan OIC dan merupakan sumber kekuatan serta perpaduan OIC.

“Beliau menegaskan normalisasi hubungan di antara negaranegara anggota dengan Israel tidak akan berlaku sehingga berakhirnya penjajahan Israel ke atas tanah Arab dan Palestin yang telah diduduki semenjak 1967.

“Dalam menyelesaikan isu Palestin, beliau turut menegaskan bahawa OIC sentiasa berpegang teguh kepada undang-undang antarabangsa, Inisiatif Damai Arab (Arab Peace Initiative) dan Penyelesaian Dua Negara.

“OIC sentiasa menyokong usaha-usaha bagi membolehkan rakyat Palestin mencapai aspirasi dan hak-hak mereka yang sah,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.