nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan air Lembah Klang hampir pulih sepenuhnya

13 NOV: Gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor sudah pulih sepenuhnya pada pagi ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), baki dua wilayah masih dalam proses pemulihan, iaitu Klang/Shah Alam yang telah mencapai 92 peratus dan Hulu Selangor (91 peratus).

“Setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 1,263 atau 99 peratus daripada 1,279 kawasan yang terjejas, sudah menerima bekalan air sepenuhnya.

“Sebanyak 16 kawasan di wilayah yang terjejas pula masih dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kawasan masih dalam proses pemulihan di wilayah Klang/Shah Alam ialah Bukit Kerayong, Perepat dan Perindustrian Pulau Indah Fasa 2.

Selain itu, Pulau Ketam, Seksyen 16 dan Padang Jawa, Seksyen 17, Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 22, Seksyen 23, Seksyen 24, Seksyen 25 serta Sementa.

Di wilayah Hulu Selangor, kawasan terbabit ialah Rawang Perdana dan sebahagian Bukit Rawang Putra (flat).

Menurut kenyataan itu lagi, Air Selangor menasihati pengguna yang sudah menerima bekalan air supaya menggunakannya secara berhemat bagi memastikan pelan pemulihan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Katanya, bantuan bekalan air alternatif melalui pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) terus disediakan untuk kemudahan pengguna yang masih terbabit gangguan bekalan air tidak berjadual kali ini.

“Pengguna disaran mendapatkan maklumat status pemulihan bekalan air yang dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami, iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang: www.airselangor.com,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.