nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penduduk Medan 88 lari PKPD diminta serah diri

14 NOV: Penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang diminta tampil menyerah diri serta-merta atau akan ditangkap polis selepas masih ada yang dikesan tidak kembali ke kawasan itu selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rabu lepas.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka diminta kembali ke kawasan berkenaan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah memutuskan rantaian wabak itu.

“Kami tidak kisah sama ada mereka lari atau takut hendak balik (kerana Medan 88 dikenakan PKPD), apa yang penting mereka ini menyerah diri dan kami akan tangkap mana-mana majikan yang bersubahat melarikan mereka.

“Selain itu, kami hendak mereka balik supaya penduduk di kawasan itu boleh membuat ujian saringan COVID-19 dan mengetahui status kesihatan mereka agar ia tidak menjangkiti orang lain,” katanya selepas program Ruang Bicara Bernama TV : “Belanjawan 2021 : Memperkasa Pertahanan”, Kuala Lumpur, malam tadi.

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan penduduk Medan 88 yang dikesan tidak kembali ke kawasan itu selepas dikenakan PKPD.

Tambah beliau, mereka perlu pulang ke kawasan tempat tinggal mereka bagi mengelakkan COVID-19 merebak ke tempaf lain dengan meluas.

“Saya risau sekiranya mereka keluar dan pergi ke tempat lain lalu menjangkiti orang lain dengan COVID-19, maka ia akan menjadi lebih sukar untuk memutuskan rantaian wabak ini. Jika ada daripada mereka yang telah balik, alhamdulillah, yang mana belum balik jangan sampai kena tangkap,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang meminta bantuan polis untuk mengesan kira-kira 400 penduduk Medan 88 yang tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawat berduri bagi pelaksanaan PKPD.

Sebelum ini, Ismail Sabri dalam sidang media berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan individu yang melarikan diri berkenaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lokasi pekerja yang tidak pulang daripada majikan dan rakan-rakan sekerja mereka yang terbabit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.