nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis tahan pemandu lori dalam video tular

15 NOV: Tidak sampai 48 jam selepas video aksi berbahayanya memandu lori secara ‘gila-gila’, melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain tular di media sosial, seorang pemandu lori berjaya ditahan polis.

Terdahulu video pemanduan berbahaya pemandu lori terbabit dirakam di Kilometer 75, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya memandang serius video yang viral di media sosial sejak semalam dan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan pemandu lori berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi semalam apabila pemandu lori yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu untuk menghantar barang ke rangkaian kedai serbaneka.

“Bagaimanapun, ketika di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan memotong sebuah lori hingga memasuki lorong kanan. Ketika memotong secara tiba-tiba sebuah motosikal juga membelok ke kanan jalan menyebabkan ia bergesel tayar lori berkenaan.

“Penunggang dan pembonceng motosikal hendak membelok ke kanan untuk tujuan ke tempat kerja di kedai percetakan di Pahi.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan, dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rakaman video berdurasi 1 minit 41 saat yang viral di media sosial, menunjukkan pemandu lori berkenaan memandu dalam keadaan berbahaya dan beberapa kali cuba memotong garisan berkembar sebelum memotong sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan lori di hadapannya sebelum menyedari sebuah motosikal yang membelok ke kanan jalan.

Walau bagaimanapun, pemandu lori berkenaan sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan yang dipandunya itu di tepi jalan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.