nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

958 kes baru, 3 kematian termasuk kes tanpa penyakit lain

20 NOV: Sebanyak 958 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi tiga negeri tertinggi yang mengesan penularan baru.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah mencatatkan 512 kes bersamaan 53 peratus manakala Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan 153 kes.

Menurut beliau, kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan penularan dalam kluster-kluster termasuk sebuah kluster baru iaitu Kluster Sabaru Asabaru yang mencatatkan 149 kes di samping peningkatan pengesanan dalam kontak rapat kes.

Katanya, Selangor dan Negeri Sembilan juga melaporkan pertambahan kes dalam kluster sedia ada selain terdapat kluster baru yang dikenal pasti di negeri berkenaan.

“Keseluruhannya sebanyak 52,638 kes positif COVID-19 sudah dikesan di negara ini dengan ketika ini terdapat 13,221 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19. Mereka telah diasing untuk rawatan.

“Ketika ini, seramai 110 individu positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Tambah Noor Hisham, sebanyak tiga lagi kes kematian berkait COVID-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini mencecah 329 kes.

“Kes kematian pertama ialah seorang rakyat Malaysia, perempuan berusia 32 tahun yang tiada latar belakang penyakit dan meninggal dunia di Hospital Kota Kinabalu.

“Dua lagi kematian melibatkan pesakit di Hospital Tawau yang mempunyai rekod penyakit lain iaitu masalah jantung,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, negeri-negeri lain yang turut melaporkan kes baru termasuk Kuala Lumpur dengan 46 kes diikuti Pulau (25), Perak (24), Kedah (19), Johor (9), Kelantan (7), Terengganu (4), Sarawak (2), Melaka (2) dan Labuan serta Putrajaya masing-masing, satu.

Katanya, Pahang dan Perlis mencatatkan sifar kes baru manakala kes sembuh yang dilaporkan hari ini di seluruh negara pula berjumlah 956 kes.

“Kita juga mengenal pasti lima kes import hari ini melibatkan penularan dari negara asing antaranya Nepal, Amerika Syarikat dan Perancis,” ujarnya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.