nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gelembung Perjalanan Domestik mulai 22 Nov

20 NOV: Kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dalam negeri zon hijau serta rentas negeri antara negeri zon hijau mulai 22 November ini bagi merancakkan semula aktiviti di bawah sektor pelancongan domestik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan sedemikian boleh dilakukan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, beliau memberitahu, kebenaran PDRM diperlukan bagi sekiranya perjalanan dari kawasan zon hijau akan melalui negeri atau daerah dalam zon merah.

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Kelonggaran Gelembung Perjalanan Domestik ini akan berkuat kuasa pada 22 November 2020 dan akan menggunakan aplikasi My Sejahtera bagi menentukan seseoarang itu datang dari zon hijau.

“Prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju agar saringan kesihatan jenis RTK – Antigen diwajibkan ke atas semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan bagi mengurangkan risiko keberjangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka.

Menurut beliau, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kos ujian saringan ditanggung bersama pihak majikan dan PERKESO.

“Subsidi bagi ujian saringan RTK – Antigen sebanyak RM60 boleh dituntut kepada PERKESO dan kos selebihnya dibayar oleh majikan,” jelasnya.

Ismail Sabri menambah, bagi pekerja asing bukan pencarum PERKESO, kos ujian saringan COVID-19 ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

“Pelaksanaan ujian saringan kesihatan ke atas semua pekerja asing ini adalah berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan di mana risiko jangkitan kepada pekerja asing adalah lebih tinggi berbanding risiko jangkitan dalam kalangan pekerja tempatan,” katanya.

Untuk rekod, terdapat seramai 1,615,834 pekerja asing aktif di negara ini setakat 31 Oktober lalu.

Berhubung penguatkuasaan, beliau menjelaskan, PDRM menahan seramai 318 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan SOP dan daripada jumlah itu, sebanyak 307 individu dikompaun manakala 11 orang direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (113), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (64), tidak memakai pelitup muka (63), rentas daerah/negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (34) dan lain-lain (44),” ujarnya.

Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan berjaya menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas enam kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Di samping itu, beliau menambah, sehingga 19 November 2020, sebanyak 274 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 137 kes masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 12 kes diberi notis amaran manakala 90 kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Bagi kes yang telah didakwa di mahkamah, sehingga kini 21 telah didapati bersalah manakala 13 lagi dalam proses perbicaraan,” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, Pasukan Respon Pantas (PRP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah mengeluarkan sebanyak 404 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu berkaitan COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.