nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kaji tubuh universiti al-Quran di Malaysia

23 NOV: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang melaksanakan kajian teliti bagi menubuhkan sebuah universiti al-Quran untuk melahirkan lebih ramai graduan huffaz di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, menerusi universiti itu, graduan huffaz yang dilahirkan bukan setakat mempunyai kepakaran menghafal al-Quran tetapi juga lengkap dengan kepakaran dalam bidang profesional yang lain.

“Untuk makluman kerajaan menyambut baik cadangan tersebut dan sedang mengkaji dengan lebih lanjut dan serius kaedah universiti al-Quran berdasarkan dasar dan polisi yang sedia ada.

“Ia juga akan berdasarkan dan selari dengan Rang Undang-Undang Wakaf yang akan dibentangkan pada dewan mulia ini kelak,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Zulkifli memberitahu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM29 juta bagi melaksanakan program pendidikan dan latihan teknikal vokasional yang bakal dikawal selia oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang akan memberi manfaat kepada 15,000 pelajar pondok dan tahfiz.

Menurut beliau, langkah itu dilaksanakan bagi menjaga kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipelihara tanpa menjejaskan hak dan kebebasan agama lain untuk terus dianuti dan dilindungi oleh kerajaan.

“Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah komponen selenggara semua jenis sekolah yang berjumlah RM800 juta sebagaimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

“Ini kerana pendidikan Islam bukanlah milik kerajaan seperti institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan pemegang taruh di negeri masing-masing yang turut menerima peruntukan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli memberi jaminan Jawatankuasa Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) akan merangkumi semua aspek pembangunan, kaedah pembiayaan, pengurusan dan penjanaan dana daripada aset wakaf.

Menurut beliau, aspek itu penting kerana pelan terbabit akan menjadi dokumen rujukan semua pihak berkepentingan dalam pembangunan wakaf di negara ini.

“Jawatankuasa yang ditubuh akan membabitkan majlis agama Islam negeri (MAIN) dan semua pakar dalam bidang masing-masing seperti akademik, penggerak industri dan agensi berkepentingan wakaf yang berkepakaran dalam bidang syarak, undang-undang, percukaian serta kewangan Islam.

“Isu wakaf adalah agenda yang akan diangkat sebagai nadi ekonomi dan pembangunan negara,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut mengesahkan kerajaan akan memberi kajian teliti dan serius mengenai penggunaan vaksin selari dengan kaedah pencegahan Islam berteraskan maqasid syariah dalam menjaga nyawa dan keselamatan manusia.

“Ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan harus terdiri dari unsur baik, halal dan tidak memudaratkan akal dan badan manusia namun terdapat kelonggaran untuk kegunaan sumber haram, dalam kes darurat yang mengakibatkan kematian dan juga penyakit kronik sedangkan sumber halal tidak diperolehi,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.