nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kluster Teratai naik mendadak, lebih 2,500 kes positif

23 NOV: Kluster Teratai yang dikesan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak 7 November lalu menunjukkan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini, terdapat 2,524 kes positif (43.8 peratus) COVID-19 yang telah dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes yang telah disaring manakala sebanyak 1,330 sampel adalah negatif dan 1,913 masih menunggu keputusan.

Menurut beliau, kes-kes dalam kluster itu terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara 2 hingga 68 tahun.

“Kebanyakan kes daripada kluster ini merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang.

“Semua kes positif telah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka telah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja-pekerja lain,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham memberitahu, pihak pengurusan kilang telah mengambil inisiatif untuk mengasingkan pekerja-pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat di tempat-tempat kuarantin yang tertentu.

Beliau menambah, sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan tiada kes kematian dilaporkan.

“Sejak 17 November 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah-rumah pekerja dan jumlah penduduk yang terlibat dalam PKPD adalah lebih kurang 5,900 orang.

“Namun, maklumat yang diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah sebanyak lebih kurang 13,000 orang yang bertugas di 28 buah bangunan kilang yang berbeza,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja ini.

Beliau memberitahu, perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diadakan dengan pelbagai agensi kerajaan hari ini, di mana ia berkisar sekitar cadangan penutupan kilang-kilang berkaitan secara berperingkat.

“Kementerian Kesihatan menyambut baik perkara ini, yang telah pun diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh,” katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi tujuan itu, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.