nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Veteran ATM jadi renjer kekang pemburuan haram

2 DIS: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA) mengajak orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama bagi memastikan ‘Harimau Malaya’ yang merupakan khazanah negara terus terpelihara dan mengelakkan daripada diancam kepupusan.

Menterinya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, KetSA memang sentiasa komited untuk memastikan spesies ‘Harimau Malaya’ yang menjadi ikon penting kepada Malaysia terutama kerana ia adalah sebahagian daripada lambang pada Jata Negara.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen BN Lenggong itu berkata, beliau tidak menafikan bahawa masalah utama dihadapi kerajaan untuk memelihara khazanah berharga negara berkenaan adalah isu kepupusannya yang semakin membimbangkan.

“Justeru, KetSA menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memelihara spesies Harimau Malaya daripada diancam kepupusan menerusi pelbagai langkah.

“Ini termasuklah meningkatkan rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan habitat Harimau Malaya terutama kawasan titik panas (hot spot) aktiviti pemburuan haram.

“PERHILITAN juga meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perlindungan Harimau Malaya menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa termasuk tentera, polis, Jabatan Perhutanan Malaysia dan pihak lain,” katanya dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Belanjawan 2021 bagi KetSA diluluskan dengan undian suara majoriti Ahli Parlimen yang bersetuju sekali gus membolehkan peruntukan sebanyak RM2.10 bilion digunakan oleh kementerian untuk aktiviti pengurusan, pembangunan, pemulihan dan pemeliharaan biodiversiti dan khazanah alam negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, PERHILITAN juga bersedia melantik bekas polis, veteran ATM dan penduduk Orang Asli sebagai renjer bagi mengekang kegiatan pemburu haram yang menjadi ancaman utama kepupusan hidupan liar termasuk Harimau Malaya di negara ini.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) kini sudah siap dan akan beroperasi sepenuhnya mulai Mac 2021,” katanya.

Difahamkan NTCC yang terletak berhampiran Institut Biodiversiti dan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Kampung Bolok Hulu, Lanchang itu dibina dengan kos RM20.8 juta dan merangkumi keluasan tanah 40 hektar.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata kementerian juga sedang dalam proses meminda Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi mengenakan hukuman lebih berat dan hukuman lebih tinggi kepada mereka yang terbabit dengan aktiviti pembalakan haram dan pencerobohan kawasan hutan simpan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.