nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Teknologi canggih timbang kenderaan berat atas jalan

7 DIS: Teknologi terkini akan digunakan bagi mendapatkan data yang lebih tepat dalam perancangan projek menaik taraf dan membina jalan di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kaedah tersebut yang turut melibatkan pelbagai agensi akan membolehkan timbangan kenderaan berat dilakukan terus di atas jalan raya.

“Kita kena kaji semula pertama sekali keadaan jalan kita, kaedah-kaedah dan bahan-bahan digunakan termasuk jambatan. Perkara ini sedang kita buat termasuk penambahbaikan jalan-jalan dan jambatan yang perlu dinaik taraf supaya dapat menampung kenderaan makin berat, makin besar dan sebagainya.

fadillah yusof
FADILLAH YUSOF

“Pada masa sama, kita jalinkan kerjasama melalui kajian kita untuk adakan di mana kita boleh dapat keadaan sebenar kenderaan yang lalu di jalan dengan teknologi terkini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kenderaan berat kena masuk pusat timbang namun sekarang ini tak perlu, dah diluluskan RM50 juta kepada Kementerian Pengangkutan.

“Di mana timbangan ini kalau ada di jalan raya yang akan dapat mengukur berat (kenderaan) di jalan raya. Oleh itu, kita akan dapat data lebih tepat dan boleh membuat perancangan yang terbaik pada masa akan datang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen PH Kota Raja, Mohamad Sabu dalam perbahasannya membangkitkan tentang perancangan KKR melalui RMK-12 berkaitan projek menaik taraf jalan raya di seluruh negara.

Dewan Rakyat meluluskan belanjawan bagi KKR setelah undian suara mendapati lebih ramai Ahli Parlimen yang bersetuju.

Sementara itu, bagi menjawab Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin agar Projek Pan Borneo Sabah dapat disegerakan pelaksanaannya dalam memberi keselesaan kepada rakyat, Fadillah memberitahu pihaknya sedia melakukan perbincangan bersama kerajaan negeri Sabah dengan menggunakan pendekatan yang baharu.

“Adakah boleh dilaksanakan secara inisiatif kewangan swasta (PFI) dan sebagainya kena bincang dan kedudukan kewangan kerajaan. Kalau dulu (kerajaan PH) tidak dibatalkan dana infra, insya-Allah 35 pakej ini akan dapat dilaksanakan.

“Perancangan Sabah keseluruhan ada tiga pakej iaitu pertama 35 dan lain-lain itu masih banyak lagi perlu laksanakan untuk menyiapkan keseluruhan Pan Borneo ini di Sabah. Kita akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk kita melihat langkat ke hadapan bagi kita melaksanakan Pan Borneo ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.