nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NEC main peranan tingkatkan momentum pemulihan ekonomi

10 DIS: Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Majlis Pekerjaan Negara atau National Employment Council (NEC) dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’.

Menurut kenyataan itu, NEC adalah majlis tadbir urus tertinggi dalam penetapan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif Kerajaan khusus dalam mencapai sasaran mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta menangani isu pengangguran.

“Penubuhan majlis ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan pemulihan dan ransangan sektor ekonomi di Malaysia berjaya dilaksanakan dengan pendekatan menyeluruh, berpandukan data dan sepadan dengan permintaan industri semasa, di samping mengambil kira faktor kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi negara.

“NEC memainkan peranan penting bukan sahaja bagi meneruskan momentum pemulihan ekonomi dan meningkatkan penciptaan pekerjaan bahkan untuk menangani isu-isu lain yang berkaitan seperti kekurangan pekerja di sektor tertentu (underemployment), kesaksamaan peluang untuk golongan rentan dan penggajian,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat pertama Majlis Pekerjaan Negara (NEC) dilakukan secara maya dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Kenyataan itu memperjelaskan NEC yang dianggotai oleh menteri-menteri yang berkaitan akan turut disertai wakil sektor swasta dan industri yang akan diumumkan kelak.

NEC juga akan disokong oleh sebuah Pasukan Petugas Peringkat Tinggi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertindak menyelaras 5 buah Pasukan Petugas Khas peringkat jawatankuasa kerja iaitu Pasukan Petugas Khas Pendidikan Nasional; Pasukan Petugas Khas TVET; Pasukan Petugas Khas Sumber Manusia dan Keusahawanan; Pasukan Petugas Khas Real Economy dan Pasukan Petugas Khas Deeptech & Future Skills.

“Pasukan Petugas Khas ini bertanggungjawab melaporkan status pelaksanaan di bawah kluster masing-masing kepada Pasukan Petugas Peringkat Tinggi secara bulanan.

“Unit LAKSANA, Kementerian Kewangan akan bertindak selaku Sekretariat NEC dan memantau kemajuan pelaksanaan setiap program di bawah inisiatif NEC supaya lebih efektif berpandukan penilaian yang bersesuaian dari masa ke masa.

“Selaras dengan penubuhan NEC, warganegara yang terkesan atau sedang mencari pekerjaan boleh mula mendaftar di portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/,” menurut kenyataan itu lagi.

Portal ini merupakan pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula.

YAB Perdana Menteri yakin inisiatif penciptaan pekerjaan bermula tahun 2021 dan ke hadapan akan menjadi lebih terancang dan dilaksana secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan.

Usaha ini akan dipandu oleh Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional yang akan dibangunkan kelak bagi memacu Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta menjamin kesejahteraan hidup rakyat.-Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.