nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lulus bacaan ketiga, usaha PH tolak bajet gagal

15 DIS: Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang bertujuan membela kebajikan rakyat dan petugas barisan hadapan ketika negara berdepan situasi pandemik COVID-19 diluluskan melalui proses undi belah bahagi setelah dibacakan kali ketiga dalam sidang Dewan Rakyat, petang ini.

Seperti yang diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, keputusan undi belah bahagi menunjukkan seramai 111 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 108 tidak menyokong manakala seorang tidak hadir.

Terdahulu, Ahli Parlimen PH Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta undi belah bahagi dilakukan selepas bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Azhar membenarkan proses itu dilakukan setelah mendapati lebih 15 Ahli Parlimen menyokong usul tersebut.

belanjawan 2021
Suasana di blok penyokong kerajaan ketika undi belah bahagi dijalankan.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) menggesa semua Ahli Parlimen menolak kelulusan Belanjawan 2021 setelah usaha mereka berbuat demikian di peringkat dasar dan jawatankuasa gagal.

Undi belah bahagi selepas belanjawan dibacakan kali ketiga merupakan perkara yang jarang berlaku dalam sejarah moden negara ini.

Kesungguhan PH untuk menolak Belanjawan 2021 yang berteraskan keprihatinan terhadap rakyat semakin terserlah apabila mereka meminta undi belah bahagi dilakukan sebelum dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat.

Namun, terbukti PH gagal sekali lagi apabila keputusan yang sama diperoleh iaitu 111 Ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju manakala seorang tidak hadir.

Pada 26 November lalu, hanya 13 Ahli Parlimen yang menyokong usul undi belah bahagi oleh Ahli Parlimen PH Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sekali gus menggagalkan usaha menolak belanjawan tersebut di peringkat dasar.

Belanjawan 2021 seterusnya diluluskan di peringkat jawatankuasa setelah dibahas dan digulung oleh 27 kementerian mulai 30 November sehingga hari ini.

Daripada jumlah itu, belanjawan bagi lapan kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa setelah beroleh sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam undi belah bahagi.

Kementerian-kementerian tersebut adalah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

Belanjawan 2021 seterusnya akan dibentangkan dan dibahaskan dalam sidang Dewan Negara yang bermula esok. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.