nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tak perlu pinda akta potong elaun wakil rakyat

22 DIS: Tiada keperluan bagi kerajaan untuk meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) bagi membolehkan elaun Ahli-ahli Dewan Negara dan Ahli-ahli Parlimen dipotong sebanyak 10 peratus.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahaya berkata, ini kerana kenaikan elaun tersebut telah dinaikkan ke paras itu sejak tahun 2015 atas permintaan daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara ketika itu.

“Untuk makluman, elaun Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah dinaikan pada 2015 dari masing-masing RM4,112.79 dan RM6,508.59 kepada RM11,000 dan RM16,000 sebulan yang sebenarnya atas permintaan ahli-ahli dewan sendiri antara alasannya ialah beban tugas, kos hidup, perbandingan dengan negara-negara lain dan sebagainya.

“Justeru, cadangan ini sukar untuk mendapat sokongan menyeluruh dari ahli-ahli kedua-dua dewan kerana tidak bertepatan jsutifikasi kenaikan sebelum ini namun pemotongan secara pentadbiran boleh dibuat dengan syarat semua ahli-ahli Parlimen setuju dan terma-terma diperhalusi.

“Sebagai contoh tempoh potongan dan jenis elaun yang hendak dipotong. Sekiranya mana-mana ahli Parlimen ingin membuat pemotongan secara individu kepada tabung-tabung tertentu seperti tabung COVID-19 boleh maklumkan secara rasmi kepada Parlimen untuk membuat pemotongan secara individu,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini

Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk A Kesavadas dalam perbahasannya mencadangkan pindaan akta tersebut agar elaun bulanan Ahli Dewan Negara dan Ahli Parlimen dapat dikurangkan sekurang-kurangnya sebanyak 10 peratus.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Senator Liew Chin Tong yang mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas Parlimen bersama Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Shabudin berkata, Majlis Dewan Negara boleh memutuskan jika mahu melantik sebuah jawatankuasa bersama secara tetap.

Menurut beliau, ini bagi mengkaji perkara-perkara mengenai kebajikan perjalanan urusan hal ehwal dalam Majlis Dewan Negara dan Dewan Rakyat berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat, 79 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

“Sehubungan itu, jawatankuasa bersama kesejahteraan rakyat dengan keahliannya membabitkan ahli-ahli Yang Berhormat dari Dewan Negara dan Dewan Rakyat sedang direalisasikan sebagai salah satu pembaharuan dewan ini yang telah dimaklumkan sendiri oleh Yang Dipertua di dewan ini semalam.

“Jawatankuasa ini akan menjadi pengembelingan idea untuk tenaga kepakaran melepasi kepentingan kepartian bagi memastikan soal kebajikan rakyat dan hubung kaitnya menyentuh kepentingan negara,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang membangkitkan usul keyakinan terhadap kerajaan dan bimbang akan beri kesan kepada keabsahan Belanjawan 2021, Shabudin menegaskan perkara ini seharusnya tidak timbul lagi kerana telah dipersetujui di Dewan Rakyat sama ada di peringkat dasar mahupun jawatankuasa.

“Di mana sebanyak 62 kali dipersetujukan, 51 kali undian suara dan 11 kali undian belah bahagian termasuk bacaan kali ketiga dipersetujukan dengan undian belah bahagian di mana 111 setuju dan tidak setuju 108 dan seorang tidak hadir.

“Jadi, ini adalah jumlah ahli dewan sekarang iaitu 220 berbanding jumlah sebenar 222 kerana dua kerusi kosong yang melibatkan ahli berkenaan telah meninggal dunia,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.