nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

30 tahun kerajaan tak keluar lesen judi baharu

28 DIS: Tiada lesen perjudian baharu yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada mana-mana syarikat sejak 1990.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, sehingga kini, terdapat 1,902 lesen dikeluarkan kepada operator perjudian berlesen di seluruh negara.

“Kita sejak 1990-an tidak lagi mengemukakan lesen baharu dan hanya ada satu lesen kasino kepada Genting Malaysia Berhad, 191 lesen (kelab, syarikat dan persatuan), lima lesen induk kepada Agensi Nombor Ramalan (NFO), 1,658 lesen untuk operator dan pusat jualan NFO serta tujuh lesen bagi perniagaan mesin.

“Mengenai cabutan khas, judi nombor ramalan ini memang dalam pemerhatian Kementerian Kewangan dan akan mengimbangkan apa sahaja pandangan Yang Berhormat berkaitan untuk mengawal supaya rakyat Malaysia tidak terjerumus kepada aktiviti-aktiviti perjudian haram,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Kewangan 2020 dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

mohd shahar abdullah
MOHD SHAHAR ABDULLAH

Terdahulu, Ahli Dewan Negara, Senator Liew Chin Tong dalam perbahasannya membangkitkan sama ada lesen kasino dikeluarkan semula dan langkah yang dilakukan kerajaan bagi menangani aktiviti perjudian cabutan khas.

Dewan Negara meluluskan RUU Kewangan 2020 setelah undian suara mendapati lebih ramai Ahli Dewan Negara yang bersetuju.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara, Senator Idris Ahmad tentang langkah kerajaan memperkukuhkan hasil cukai, Mohd Shahar memberitahu perkara ini merupakan hala tuju yang sedang dibangunkan menerusi Belanjawan 2021 di samping pelaksanaanya akan dilakukan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)

Tambah beliau, pelbagai strategi dilaksanakan bagi memperluaskan hasil ini yang dapat memperkukuh dan memaksimumkan kutipan hasil cukai di samping meningkatkan keapungan cukai menerusi pelbagai insentif pembaharuan cukai yang akan dilakukan menerusi langkah cukai dalam Belanjawan 2021.

“Kita akan memanfaatkan sektor tidak formal dan mengurangkan amalan kurang terlapor serta isytihar di samping mengurangkan ketirisan cukai dan menambah baik pentadbiran cukai melalui pengurusan data terkesan dengan integrasi data dengan agensi berkaitan.

“Dalam tempoh sederhana dan sekiranya ekonomi pulih, kerajaan akan memperluaskan asas hasil dengan mengurangkan jurang cukai dan meningkatkan kecekapan cukai bagi memastikan kutipan hasil cukai yang begitu mampan.

“Matlamat ini juga kita capai menerusi merasionalisasikan insentif cukai dengan mengurangkan ketirisan cukai dan paling penting meningkatkan pematuhan cukai melalui pengauditan yang berkesan,” jelasnya.

Mohd Shahar menambah, kerajaan akan terus memperkasakan agensi Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) bagi memantapkan pematuhan percukaian selain kerajaan akan mewujudkan strategi jangka hasil sederhana bagi dilaksanakan secara beransur-ansur bersesuaian dengan tahap pertumbuhan ekonomi dan tidak akan menjejaskan langkah-langkah pemulihan ekonomi,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.