nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Doktor meninggal dunia keletihan perangi COVID-19

20 JAN: Seorang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan yang berkhidmat sebagai doktor meninggal dunia, kelmarin.

Perkara menyedihkan itu diluahkan dalam laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) lewat malam tadi memberitahu pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun Facebook miliknya.

Menurut kenyataan itu, arwah meurpakan ahli berdaftar SPJM dan mengikuti skuad tersebut sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit disebabkan beban kerja terlalu penat dan letih

Di samping itu, beliau kekurangan masa untuk berehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19 manakala SPJM difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

SPJM meluahkan rasa kehilangan seorang ahlinya yang begitu komited berkhidmat untuk ummah tanpa mengharapkan balas serta berkhidmat dengan ikhlas.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu, perkongsian tersebut tular di media sosial yang rata-rata netizen bersedih atas pemergian Ali yang pergi di saat beliau sedang melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan terhadapnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.