nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

153,250 pekerja sektor sawit diarah jalani saringan COVID-19

25 JAN : Seramai 153,250 pekerja dari 1,160 estet dan 33,034 ladang pekebun kecil sawit di Sabah diarahkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dalam tempoh 30 hari mulai hari ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, peningkatan jangkitan virus tersebut di sektor perladangan sawit membimbangkan di mana sebanyak enam kluster COVID-19 dikenal pasti dalam sektor tersebut hasil daripada pelaksanaan saringan pekerja asing di bawah program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Daripada enam kluster ini, 254 kes positif melibatkan pekerja, kontak rapat keluarga serta individu bergejala yang tidak bekerja di ladang

“Arahan tersebut dikeluarkan berikutan situasi semasa kes positif COVID-19 melibatkan sektor perladangan sawit di Sabah yang kini di tahap membimbangkan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, ladang sawit yang dikenal pasti mempunyai rekod kes positif COVID-19 akan ditutup serta-merta bagi memastikan kerja-kerja pencegahan dapat dilaksanakan dan pembukaan semula operasi tertakluk kepada penilaian Kementerian Kesihatan.

“Kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan semasa COVID-19 di sektor perladangan sawit termasuk memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun pada sidang media COVID-19 kerajaan negeri malam ini, berkata 64 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid di Sook dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada seorang guru dan pelajar sekolah itu yang dijangkiti COVID-19.

“Setakat ini tidak ada keperluan untuk melaksanakan penutupan sekolah kerana hasil siasatan awal menunjukkan kebarangkalian jangkitan itu adalah jangkitan komuniti dan bukan di sekolah.

“Bagaimanapun, aktiviti disinfeksi setempat dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Keningau sejurus menerima laporan itu semalam dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa dengan pematuhan SOP yang ketat,” ujarnya.

Mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 348 kes baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu sebanyak 47,139, dengan tiga kematian dilaporkan iaitu dua di Sandakan dan satu di Beaufort.

“Seramai 400 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah seramai 42,806 orang,” kata Masidi lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.