nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cukuplah sekali Ketua Audit Negara tegur agihan zakat

25 JAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memberi peringatan kepada kakitangan dan pegawai di 13 agensi di bawahnya supaya menguruskan soal kewangan dengan cekap, bersih dan penuh amanah tanpa sebarang penyelewengan.

Beliau juga tidak mahu lagi mendengar isu ada antara 13 agensi di bawahnya yang ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana gagal menguruskan kewangan dengan baik.

“Saya amat terkesan apabila membaca Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkenaan pengagihan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Cukuplah itu menjadi laporan terakhir yang mendapat teguran audit oleh mana-mana agensi di bawah saya,” katanya ketika berucap di majlis perhimpunan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertajuk Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Era Norma Baharu yang disampaikan secara maya, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata sebagai agensi agama, setiap transaksi kewangan wajib diurus dengan amanah dan menepati prosedur kewangan yang ditetapkan.

“Jangan sampai kredibiliti kita tercalar disebabkan kepincangan. Urusan kewangan amat dipandang berat oleh masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak RM1.4 bilion peruntukan yang diperoleh tahun ini perlu dibelanjakan dengan cekap dan mengikut perancangan.

“Hari pertama semasa mesyuarat Kabinet, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minta belanja, habiskan duit. Kita perlu belanja mengikut apa yang dirancang,” katanya.

Zulkifli berkata, beliau menaruh harapan supaya peruntukan tersebut dapat diselesaikan pada Jun tanpa sebarang masalah seperti pemulangan semula.

“Saya telah arahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan mesyuarat kewangan bersama agensi pada setiap bulan untuk mengetahui kedudukan terkini kewangan dan sejauh mana ia telah dibelanjakan.

“Tahniah diucapkan kepada Lembaga Tabung Haji, yang mana saya difahamkan Laporan Kewangan Tabung Haji bagi tahun 2019 adalah bersih daripada sebarang teguran Ketua Audit Negara,” katanya.

Pada masa sama, Zulkifli juga menyenaraikan beberapa kejayaan yang dicapai agensinya pada tahun 2020 termasuklah program Musa’adah Covid-19 yang dilancarkan pada 18 Mac tahun lalu.

“Sehingga Disember 2020, sebanyak RM363.5 juta telah diagihkan bagi tujuan membantu mereka yang terkesan disebabkan oleh wabak Covid-19 iaitu jumlah yang besar dalam tempoh singkat itu melambangkan komitmen jabatan itu kepada kebajikan rakyat.

“Sewajarnya orang ramai tahu ke mana wang mereka melalui zakat, infak dan lain-lain disalurkan. Inilah yang dinamakan impak sosial,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.