nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Badan keagamaan,sekolah Cina terima bantuan RM19.7 juta

1 FEB: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menyalurkan bantuan kewangan RM19.7 juta kepada badan keagamaan bukan Islam dan sekolah Cina di negeri berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata sebahagian daripada peruntukan berkenaan iaitu RM13.5 juta disalurkan bagi pembangunan sekolah membabitkan tujuh sekolah menengah jenis kebangsaan Cina, sembilan sekolah menengah persendirian Cina, 83 sekolah jenis kebangsaan Cina dan 142 tadika.

Hajiji berkata kerajaan negeri juga memperuntukan RM5.29 juta bagi tujuan pembangunan dan pembaikan 145 tokong di seluruh Sabah, selain RM1 juta untuk kepada beberapa persatuan Tiong Hua di Sabah, bagi menjalankan aktiviti sempena Tahun Baharu Cina.

“Bantuan kewangan ini jelas menunjukkan kerajaan GRS sentiasa prihatin dan mengutamakan keadilan dalam semua aspek, termasuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini.

Yang turut hadir dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam;  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah Tan Sri David Chu.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, sebuah jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kerajaan Negeri bagi Sekolah-Sekolah dan Badan-Badan Keagamaan, untuk meneliti permohonan diterima daripada pelbagai badan keagamaan dan sekolah bukan Islam seluruh Sabah.

Beliau juga berharap bantuan kewangan itu, dapat meringankan beban pihak berkaitan dalam membangunkan dan membaiki sekolah serta rumah ibadat yang terbabit, sekali gus memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat bukan Islam di peringkat akar umbi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.