nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ebit Lew islamkan 490 Bajau Laut dalam 2 hari

2 FEB: Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, menangis kegembiraan kerana berjaya mengislamkan 490 penduduk dari empat kampung sepanjang dua hari beliau berada di Semporna, Sabah.

Beliau juga berasa sayu selepas mendengar penduduk kampung berkenaan mengucap dua kalimah syahadah kerana sebelum ini mendakwa tidak mengenal tuhan.

Ebit berkata, niat asalnya ke sana sebenar hanyalah untuk membantu penduduk yang terputus bekalan barangan keperluan asas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Menangis bahagia sangat di Semporna dua hari di sini dapat 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari empat buah kampung. Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara.

“Melihat hidup mereka hidup atas air. Ada atas bot. Hidup atas air sepenuhnya. Sekali-sekala ke darat. Mereka tiada agama. Sampai mereka bertanya tentang tuhan. Kami tidak tahu tentang Tuhan. Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam. Sayu dengar mereka mengucap syahadah,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam tadi.

Ebit juga turut memuatkan beberapa keping gambar menunjukkan saat penduduk kampung berkenaan melafazkan syahadah sambil menggangkat jari telunjuk sebagai tanda mengakui keesaan Allah SWT.

Dalam pada itu, Ebit juga bersyukur kerana sudah selesai membeli kayu untuk membina sekolah dan mendapatkan enam guru untu mengajar kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) serta asas Islam.

“Syukur tadi selesai bawa kayu dan mula bina sekolah. Kami cadang bina 3 sekolah. Tadi dah dapat 6 guru untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam. Akhlak dan kasih sayang. Tadi dah letak kayu. Sebulan akan siap semuanya. Saya akan bayar gaji guru. Dan akan cuba bantu mereka secara berterusan. Cikgu akan tinggal di sana,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komando Vat 69, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana membantu urusannya di Semporna.

“Menangis jer hari ini. Terima kasih Maritim Malaysia menyediakan dan bantu kami dari mula sampai habis. Terima kasih PDRM. Terima kasih Komando 69 dan PGA dan ATM. Terima kaseh Pengurusan Taman-taman Sabah yang memudahkan kami bina sekolah. Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka. Ini sedikit usaha kecil kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.