nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Institut memandu, pusat latihan penerbangan boleh buka

11 FEB: Institut memandu dan pusat latihan penerbangan akan dibenarkan beroperasi semula esok, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran operasi itu dibenarkan dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam.

Menurut beliau, bagi institut memandu, arahan ini merangkumi perkhidmatan latihan pemanduan, Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03, Perkhidmatan pra-ujian pemanduan (QTI), Perkhidmatan ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya).

ISMAIL SABRI YAAKOB
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Antara SOP yang telah ditetapkan adalah mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh pengajar dan calon sepanjang masa di dalam kenderaan SKIM. Pihak institut memandu perlu memastikan keberadaan calon yang berkaitan untuk slot latihan/ pengujian sahaja berada di premis institut memandu pada satu-satu masa.

“Tidak dibenarkan menunggu di samping perlu mengamalkan penjarakan fizikal di kaunter dan tempat menunggu dengan pengosongan tempat duduk di antara pelanggan dan penandaan garisan bagi penjarakan fizikal satu meter,” katanya menerusi sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Manakala bagi Pusat Latihan Penerbangan, Ismail memberitahy arahan ini merangkumi pentadbiran di Approved Training Organization (ATO) termasuk Type Rating Training Organization (TRTO), Flying Training Organization (FTO), Flying Club – Instruction in Flying (FC-IIF).

“Pentadbiran latihan berulang yang mandatori bagi menampung operasi penerbangan awam dibenarkan untuk Juruterbang, Jurutera penerbangan, Pengawal trafik udara, Kru kabin, Kakitangan Sekuriti dan Pengendali bahan berbahaya,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti memancing untuk rekreasi di kolam, rumah bot atau rumah rakit, pelantar pancing atau kelong serta bot pancing beroperasi mulai esok.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini membenarkan memancing untuk sara hidup di bawah sektor perikanan, namun banyak menerima rayuan daripada pengusaha tempat memancing secara riadah yang hilang mata pencarian.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal, kerajaan bersetuju untuk membenarkan operasi kolam pancing, rumah bot atau rakit, pelantar pancing atau kelong dan bot pancing berdasarkan SOP ketat.

“Semua jenis aktiviti perikanan rekreasi itu akan dibenarkan beroperasi bermula esok dan masa operasi yang dibenarkan adalah bermula dari 8.00 pagi sehingga jam 10.00 malam,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.