nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksin wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan

14 FEB: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju mengguna pakai resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020 yang menetapkan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata, rentetan daripada timbulnya pelbagai kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung pengambilan vaksin COVID-19, pihaknya telah mengambil inisiatif bagi membincangkan isu ini di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-2/2021 yang telah bersidang pada 11 Februari 2021.

Keputusan ini adalah selari dengan dalil-dalil seperti firman Allah Ta’ala

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Surah Al-Baqarah : 195)

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لاَ ضَرَرَ وَ لاَ ضِرَارَ

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.”
(Hadis riwayat Ibn Majah: 2340)

Selain itu, keputusan ini juga telah disokong oleh kaedah-kaedah fiqh seperti:

الضَّرَرُ يُزَالُ

“Kemudaratan itu mestilah dihilangkan.”

dan,

تَصَرُّفُ الإِمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوط بِالْمَصْلَحَةِ

“Urus tadbir pemimpin ke atas rakyat adalah berlandaskan kepada maslahah.”

Luqman menambah, sementara dari aspek kepenggunaan pula, hukum keharusan ini turut diputuskan setelah mengambil kira pendirian tegas pihak kerajaan bahawa hanya vaksin yang telah dikenal pasti statusnya sebagai halal dan tayyiban sahaja yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ingin menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan agar menghormati fatwa yang telah diputuskan berhubung pengambilan vaksin COVID-19 di Malaysia.

“Keputusan ini dibuat setelah melalui pelbagai proses perbincangan bersama pihak-pihak yang berautoriti dalam bidang masing-masing.

|Tambahan pula, ia juga merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam memastikan negara Malaysia berjaya mengharungi krisis COVID-19 ini dengan lebih efisien,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menyeru umat Islam agar menjadikan fatwa tersebutsebagai rujukan yang utama khususnya bagi mendukung usaha para pemimpin negara untuk memerangi pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.