nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemulihan ekonomi dijangka rancak lepas program imunisasi

24 FEB: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menzahirkan keyakinan bahawa proses pemulihan ekonomi negara akan menjadi bertambah rancak selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bermula hari ini.

Malah, Tengku Zafrul berkata Bank Dunia mengunjurkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berkembang antara 5.6 hingga 6.7 peratus berikutan pelaksanaan program vaksinasi global.

tengku zafrul
TENGKU ZAFRUL

“Ini sejajar dengan kadar pertumbuhan pada kadar 4 peratus. Dengan Program Imunasasi Covid-19 Kebangsaan, bermula 24 Februari 2021 (hari ini) rancangan pemulihan ekonomi Malaysia berada pada landasan tepat.

“Banyak sektor ekonomi menanti pembukaan sempadan bukan hanya dalam negara malah ke luar negara seperti pelancongan dan peruncitan,” katanya ketika membentangkan laporan Laksana ke-42 secara maya menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, semua pemain sektor pelancongan perlu memanfaatkan dana di bawah inisiatif PENJANA bernilai RM1 bilion diperuntukan kerajaan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS Mikro yang masih terkesan dengan Covid-19.

Beliau berkata penularan Covid-19 memberikan impak besar kepada ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya.

“Cabaran kita sekarang adalah untuk bangkit semula dan kerana itulah kerajaan melancarkan inisiatif MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia sangat tepat pada masanya.

“MyDigital adalah satu pelan hala tuju transformasi digital yang mampu mengupayakan sektor perniagaan untuk bersaing dipentas global  dengan kelancaran dan memantapkan operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha melonjakkan status ekonomi negara, ekonomi digital memainkan peranan besar dan akan menyumbangkan 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, menjelang 2025.

“Inisiatif ini juga bakal menjadi daya tarikan kepada pelaburan baharu dalam sektor digital dengan sasaran sebanyak RM70 bilion dari dalam dan luar negara selain menyediakan lebih 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.