nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mesyuarat,pameran dibenarkan dengan kehadiran 25 peratus kapasiti premis

25 FEB: Kerajaan bersetuju membenarkan program berbentuk mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran (MICE) dengan pengunjung dihadkan 25 peratus daripada keluasan premis atau jumlah pengunjung sebenar, berkuat kuasa pada 5 Mac.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semalam, membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) kepada Jawatankuasa Teknikal.

“Jadi kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran bagi pembukaan sektor pelancongan dan kebudayaan merangkumi MICE serta mesyuarat bersemuka di kawasan PKP dengan had kehadiran 25 peratus dari kapasiti premis.

“Atau maksimum 250 orang atau yang mana-mana (dewan) lebih kecil dengan mematuhi SOP dan aspek-aspek lain. Bagi pandangan kita, lebih mudah buat kawalan di kawasan tertutup kerana dapat dikawal dan pemantauan lebih mudah,”katanya pada sidang media di Kementerian pertahanan, di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu Ibu bapa tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis untuk merentas negeri bagi menghantar anak mereka ke asrama dan sekolah yang akan bermula pada 1 Mac depan.

Menurut beliau, kerajaan bersetuju para penjaga hanya perlu menunjukkan surat yang dikeluarkan oleh pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Sebagai contoh, untuk hantar anak masuk asrama ataupun di luar daerah dan negeri, ketika di SJR, mereka hanya perlu tunjukkan tentang surat sekolah asrama tersebut. Pihak guru boleh keluarkan surat untuk merentas daerah dan negeri bagi tujuan masuk ke asrama.

“(Ini) telah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya juga baru bercakap juga dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan oleh pasukan polis di seluruh negara. 

Jadi, jangkaan, tiada isu di sekatan jalan raya apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.