nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid rasa syukur permohonan 16 ahli UMNO ditolak mahkamah

3 MAC: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melahirkan rasa syukur kerana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tepat dengan menolak permohonan 16 ahli UMNO untuk mengisytiharkan UMNO sebagai parti tidak sah.

Ahamd Zahid berkata, kes semakan kehakiman berkenaan menjadi akademik kerana UMNO telah melaksanakan proses pemilihan, pada Jun 2018.

Berikutan itu, Ahmad Zahid berkata adalah menjadi satu polisi awam, bahawa mahkamah tidak akan mencampuri urusan parti politik

“Syukur kepada Allah saya panjatkan. Mewakili seluruh kepimpinan dan ahli di seluruh negara kepada Allah jua kita berserah.

“UMNO menang kes semakan kehakiman, judicial review di Mahkamah Persekutuan, keputusan hari ini 11.50 pagi tadi dengan sebulat suara oleh lima Hakim, dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan enam belas bekas ahli UMNO hari ini, gagal mendapat perisytiharan bahawa UMNO sebuah parti tidak sah selepas panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed sebulat suara menolak rayuan kesemua 16 bekas ahli UMNO itu yang memohon semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan parti politik berkenaan.

Bekas ahli UMNO itu terdiri daripada adalah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Terdahulu, Azahar dalam penghakimannya berkata rayuan itu sudah menjadi akademik kerana ia difailkan oleh mereka yang bukan lagi ahli parti berkenaan.

“Parti berkenaan juga sudah selesai menjalankan pemilihan di semua peringkat. Oleh itu, perkara ini sudah menjadi akademik,” katanya pada prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.

Yang turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutun, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Pada Februari 2019, kesemua 16 bekas ahli UMNO itu diberikan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman, kesemua 16 bekas ahli UMNO itu memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018 dalam memberikan UMNO pelanjutan tempoh untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019 yang melepasi tempoh maksimum.

Mereka selanjutnya memohon perintah mandamus untuk mendesak RoS membubarkan sementara UMNO dan bagi RoS menggantung semua aktiviti UMNO sehingga selesai semakan kehakiman itu.

Mereka turut memohon perisytiharan bahawa UMNO adalah parti yang tidak sah berkuat kuasa 20 April 2018.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan kumpulan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan RoS.

Mereka kalah dalam rayuan berhubung perkara itu, yang ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 5 November 2018.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Kamaludin Mohd Said (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan menetapkan bahawa seseorang ahli parti tidak boleh membawa pertikaian berkaitan parti ke mahkamah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.