nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BDR mudahkan wanita imbangi antara keluarga dan kerjaya

10 MAC: Saranan Perdana Menteri supaya kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) diperluaskan bagi sektor awam dan swasta, disambut baik kerana mampu mencapai ‘Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan’ (WLB) dalam kalangan wanita.

Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata BDR amat penting diperkasakan kepada pekerja wanita memandangkan mereka adalah tulang belakang keluarga yang memegang tanggungjawab pendidikan dan penjagaan anak, selain menjaga warga emas serta individu tidak sihat di rumah.

“Tanggungjawab dan keperluan keluarga dipegang wanita bekerja ini, akhirnya menyaksikan kadar berhenti kerja dalam kalangan mereka amat tinggi apabila terpaksa mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit.

“WLB pula diperlukan untuk mengimbangi tanggungjawab bekerja dengan keperluan sosial, kemasyarakatan, minat kebudayaan dan sukan yang memperkayakan kehidupan mereka,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Sharifah Hapsah berkata, tindakan terpaksa berhenti kerja yang diambil golongan itu merugikan ekonomi negara, terutama dalam keadaan perubahan demografi yang menunjukkan penuruan jumlah bakat berkemahiran akibat jumlah warga emas meningkat dan kadar kelahiran menurun.

Justeru, katanya, mewujudkan dasar peka keluarga atau menjadikan majikan ‘mesra keluarga’ bukan lagi pilihan pada hari ini, tetapi keperluan.

Mengulas lanjut, katanya, dasar peka keluarga itu, mestilah termasuk menambah kemudahan jagaan anak, peluang meningkatkan kemahiran melalui pembelajaran sepanjang hayat dan kemudahan tambahan untuk kepuasan bekerja.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan perasmian sambutan Hari Wanita 2021 Peringkat Kebangsaan, semalam, meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menilai kemudahan BDR bagi sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia (PENIAGAWATI), Datuk Azlin Ahmad Shaharbi, menyifatkan kemudahan BDR sememangnya perlu dilaksanakan, sekali gus memudahkan wanita menjana pendapatan dan menguruskan keluarga ‘di bawah satu bumbung’.

Beliau berkata, kesusahan yang timbul apabila wanita bekerja di luar rumah sebenarnya dialami keluarga, bukan diri wanita sendiri.

“Wanita yang bekerja di luar rumah ini, dia perlukan kemudahan bagus, seperti pusat penjagaan anak selamat untuk menempatkan anak sepanjang tempoh dia bekerja

“Sekiranya tiada pusat penjagaan bersesuaian untuk menghantar anak, mereka terpaksa menguruskan keperluan anak dahulu sebelum keluar bekerja dan mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah yang sudah tentu menuntut belanja bulanan tambahan,” katanya.

Azlin berkata, BDR adalah pendekatan terbaik untuk memastikan wanita mampu menguruskan keluarga dan bekerja secara teratur.

“Paling penting, jika BDR ini dilaksanakan, masa bekerja mereka boleh menjadi fleksibel dan pada masa sama, mengatur tanggungjawab terhadap keluarga sebaik mungkin,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.