nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gelembung Pelancongan Bersasar Bantu Pemulihan Industri

10 MAC : Gelembung Pelancongan Bersasar yang dibenarkan mulai hari ini mampu menjadi permulaan lembaran baru sebagai pemangkin untuk industri pelancongan bangkit semula, seterusnya membantu kelangsungan hidup para pekerja yang terlibat dalam rantaian sektor tersebut.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, pengumuman tersebut secara tidak langsung membuka ruang dan peluang untuk orang ramai kembali melancong, manakala perniagaan sektor pelancongan boleh mula beroperasi sepenuhnya.

Justeru, beliau menyeru agar syarikat pelancongan tempatan mengambil peluang ini bagi mempamerkan kepada rakyat Malaysia perkhidmatan yang telah mempesona dan memuaskan hati ramai pelancong domestik dan asing yang telah berkunjung ke destinasi di negara sebelum ini.

“Tawaran harga menarik dan berpatutan, penambahan pengalaman melancong melalui penceritaan pemandu pelancong serta kemudahan perkhidmatan pemandu dan pengangkutan, pastinya boleh menarik minat untuk rakyat Malaysia kembali untuk menggunakan perkhidmatan anda di masa hadapan.

“Alhamdulillah dalam tempoh seminggu ini kita menerima dua berita gembira dan konstruktif yang memberi nafas lega kepada penggiat industri pelancongan, seni dan budaya tempatan,”katanya.

Dalam pada itu, Nancy menyeru agar orang ramai mengambil ruang dan peluang susulan pengumuman Kerajaan bagi menyemarakkan pelancongan domestik dan beliau percaya banyak lagi destinasi menarik yang ada di Malaysia yang belum diterokai sepenuhnya.

“Pelbagai lagi aktiviti seni dan budaya yang boleh kita kenali dan hargai. Berilah peluang kepada penggiat sektor pelancongan, seni dan budaya tempatan untuk membawa anda menikmati layanan Malaysia,”katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Semalam, Kerajaan bersetuju untuk membenarkan gelembung pergerakan pelancongan bersasar domestik yang terkawal bagi negeri yang hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok bagi merancakkan aktiviti dan sektor pelancongan domestik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain mempunyai standard operasi prosedur (SOP) yang ketat, mereka yang ingin melancong hanya dibenarkan menggunakan syarikat agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan pergerakan secara bersendirian adalah tidak dibenarkan.

Menurut beliau, agensi pelancongan juga perlu mendapatkan kebenaran merentas negeri dan tidak dibenarkan untuk berhenti singgah ke mana-mana dan perlu terus ke destinasi yang ingin dituju.

Sementara itu, Nancy turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan kerana aktiviti langsung bagi industri kreatif di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini telah dibenarkan.

“Ini termasuk program rasmi kerajaan, televisyen, seni muzik, tari, teater,muzikal, komedi, persembahan kebudayaan dan warisan boleh diadakan secara langsung dengan melibatkan kehadiran 50% penonton dengan pematuhan SOP yang ketat.

“Untuk itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan yang bersetuju menerima cadangan-cadangan MOTAC ini. Saya juga berharap rakyat Malaysia akan dapat menjadi pelancong bertanggungjawab dan menikmati pengalaman persembahan kebudayaan tanpa alpa dan leka untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sama-samalah kita bekerjasama dan terus berdoa agar industri pelancongan dan kebudayaan tempatan tidak perlu lagi melalui saat sukar melalui penutupan aktiviti kerana impak negatifnya terhadap rantaian ekonomi mereka yang terlibat dan negara adalah sangat mendalam, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.