nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia yakin keputusan NPRA guna vaksin AstraZeneca

15 MAC: Kerajaan akan menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca seperti dijadualkan, sekali gus memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjalan seperti dirancang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kerajaan yakin dengan kelulusan bersyarat diberikan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin itu untuk penduduk negara ini.

Bagaimanapun Dr Adham berkata, NPRA akan meneliti dokumen tambahan berhubung kesan sampingan penggunaan vaksin itu di beberapa negara sejak kebelakangan ini, sehingga ada negara yang menggantung penggunaannya.

ADHAM

“Malaysia yakin dengan keputusan NPRA untuk menggunakan AstraZeneca. Kita ambil juga kepentingan keberkesanan, keselamatan dan kualiti vaksin itu dalam meluluskan penggunaannya.

“Kita berhati-hati dengan apa yang dilaporkan (berdasarkan kes di negara lain), mengambil semua langkah berjaga-jaga dan mengambil kira punca seseorang tidak boleh divaksin.

“Pada masa sama, kita akan terus menasihati masyarakat mengenai perkara yang perlu mereka ketahui dan memberi jaminan vaksinasi ini adalah program yang baik,” katanya kepada media tempatan.

Beberapa negara termasuk Denmark, Norway, Iceland, Thailand, Ireland dan Belanda menghentikan sementara atau menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima beberapa laporan berhubung kes pembekuan darah dalam kalangan penerima vaksin itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin menyatakan, tiada alasan untuk menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca kerana pemeriksaan data keselamatan menunjukkan tiada kaitan antara vaksin itu dengan pembekuan darah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.