nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sarawak bantu langsai 30 peratus hutang peminjam PTPTN

13 MAC: Kerajaan Sarawak membantu menyelesaikan sebanyak 30 peratus baki hutang pinjaman bagi 9,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut kenyataan PTPTN, kerajaan negeri itu memperuntukkan sebanyak RM30 juta melalui Yayasan Sarawak bagi tujuan terbabit.

Katanya, usaha itu dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) di antara Yayasan Sarawak dan PTPTN menerusi Kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak yang dipersetujui pada 5 Mac lalu.

Majlis menandatangani MoU itu, katanya, diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching dan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

“MoU ini menyaksikan Yayasan Sarawak melangsaikan hutang peminjam PTPTN di negeri ini yang sudah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada  jumlah pinjaman mereka.

“Ini bagi menghargai komitmen mereka yang membuat bayaran balik pinjaman.

“PTPTN merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Negeri Sarawak yang membantu menyediakan peruntukkan besar untuk melangsaikan baki hutang pinjaman bagi peminjam di negeri berkenaan,” katanya.

Inisiatif kerajaan negeri itu, katanya, menyaksikan kerajaan negeri pertama berbuat demikian.

Langkah itu, jelasnya, amat sesuai diambil ketika rakyat terkesan, termasuk daripada aspek kewangan akibat pandemik COVID-19 ketika ini.

“Rakyat negeri Sarawak amat bertuah kerana mempunyai kerajaan prihatin dalam menyediakan keperluan rakyat, terutama daripada aspek kewangan bagi tujuan pengajian tinggi.

“PTPTN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri di Malaysia dalam merealisasikan usaha ini bagi memastikan kebajikan peminjam,” katanya.

Mengulas lanjut, PTPTN berkata, bagi memudahkan urusan peminjam di negeri itu mengetahui status pinjaman masing-masing, mereka tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan.

“Peminjam PTPTN negeri Sarawak boleh membuat semakan bagi nama peminjam yang layak melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak mulai 15 Mac 2021,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.