nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PEMERKASA: Tambahan RM2.5b projek rancak ekonomi akar umbi

18 MAC: Peruntukan tambahan RM2.5 bilion diberikan kerajaan untuk projek berskala kecil melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) mampu merancakkan semula aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi.

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata peruntukan untuk diagihkan kepada kontraktor G1 hingga G4 itu, membabitkan kerja-kerja baik pulih infrastruktur yang sebelum ini rosak disebabkan banjir.

“Disebabkan banjir, kita bukan saja berdepan dengan COVID-19, tetapi banyak infra yang rosak disebabkan banjir.

“Ini satu pendekatan bagaimana kerajaan memulihkan ekonomi dan diharap dengan langkah terbabit, boleh menggalakkan aktiviti ekonomi dan dana dapat diagihkan ke bawah,” katanya.

Menerusi PEMERKASA diumum semalam, kerajaan bersetuju menambah peruntukan projek berskala kecil bagi tahun ini daripada RM2.5 bilion kepada RM5 bilion.

Antara jenis projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4 adalah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan berstrata, termasuk penggantian lif di perumahan awam dan pembinaan gerai di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Fadillah berkata, bantuan baharu itu adalah lanjutan inisiatif bantuan lain diumumkan kerajaan bagi menjamin aktiviti pemulihan ekonomi negara yang disebabkan impak COVID-19 berterusan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.