nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuduhan terhadap BERSATU isu komisen 1MDB mahu cemar imej PM

20 MAC: Tohmahan mengaitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melantik agen untuk mengambil komisen daripada penyelesaian kerajaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini tular di media sosial, adalah fitnah.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata tuduhan bahawa kerajaan tidak telus dalam menangani kes 1MDB dan Goldman Sach juga tidak berasas.

“Strategi memfitnah memang sudah lama diamalkan parti pembangkang dan nampaknya kini cara sama diteruskan dengan usaha tersusun bagi mencemar imej baik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hakikatnya, Muhyiddin sudah membuktikan bahawa beliau Perdana Menteri yang dihormati kerana tegas memberi tumpuan kepada menjaga kebajikan rakyat.

“Tetapi saingan politik beliau sedang cuba merosakkan imej ini dengan tohmahan bertubi-tubi kerana tahu mereka tidak mempunyai calon Perdana Menteri yang prihatin rakyat, bersih, berwibawa dan berintegriti seperti Muhyiddin, justeru strategi digunakan mereka untuk memburukkan beliau adalah strategi lama yang tidak akan berjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas dakwaan seperti dilaporkan portal berita dalam talian, berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang dan Ahli Parlimen DAP mengenai perkara itu.

Wan Saiful berkata, sebagai ahli Biro Politik dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan BERSATU, beliau tahu dakwaan itu tidak berlaku dan hanya fitnah.

Justeru, katanya, beliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini kerana sememangnya tiada agen dilantik dan tidak ada komisen diterima, malah itu bukan budaya Bersatu. 

“Bersatu ditubuhkan bagi memperjuangkan integriti dan tadbir urus telus, jadi komitmen kami adalah memastikan kes 1MDB diselesaikan segera, pesalah menerima keadilan dan dana negara yang dirompak dikembalikan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Sebelum ini, pejabat ADUN berkenaan membuat laporan polis untuk menggesa penyiasatan dilakukan berhubung dakwaan RM500 juta dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi.

Dalam laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, wang terbabit didakwa sebagai komisen bagi membantu kerajaan mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.