nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zafrul: Kastam sasar kutip cukai RM40 bilion tahun ini

21 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan cukai keseluruhan negara pada tahun ini mencapai RM40.7 bilion, berbanding RM38.6 bilion sepanjang tahun lepas.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pihaknya percaya serta yakin bahawa JKDM mampu mencapai sasaran berkenaan walaupun ekonomi negara masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang (tahun ini) berbanding tahun lepas yang menyaksikan KDNK menguncup 5.6 peratus. Tahun ini KDNK diunjur meningkat antara 6.5 hingga 7.5 peratus dan ini sedikit sebanyak dapat membantu kutipan hasil kita daripada jabatan Kastam.

“(Penularan) Covid-19 mestilah ada kesan sebab kutipan (cukai) ini ada kaitan dengan ekonomi negara. Jadi tahun lepas terkesan juga seperti kutipan hasil daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan jabatan Kastam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Utama Pejabat Kastam Kedah di Alor Setar, Kedah, hari ini.

Sementara itu ketika berucap pada majlis berkenaan, Tengku Zafrul berkata pakej pembinaan bangunan utama JKDM Kedah bernilai lebih RM40 juta itu merangkumi blok utama, dewan serba guna, Pejabat Unit Narkotik dan stor penguatkuasaan.

“Prasarana tambahan ini sekali gus dapat memusatkan perkhidmatan Kastam Kedah yang sebelum ini terpisah di beberapa lokasi sekitar Alor Setar.

“Dengan adanya bangunan baru ini, suasana bekerja warga Kastam akan lebih kondusif untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu tahun lepas Kedah berjaya memberi sumbangan pungutan hasil kepada JKDM sebanyak lebih RM1.066 bilion, manakala bagi tahun ini JKDM Kedah menyasarkan kutipan sebanyak RM1.2 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.