nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DBP perjelas takrifan tambi

 22 MAC: Penggunaan perkataan keling dalam mentakrifkan tambi merupakan definisi yang digunakan dalam Kamus Pelajar (KP) terbitan tahun 1987.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi kenyataan memaklumkan terdapat perbezaan dari segi olahan bagi takrif perkataan tambi antara tiga kamus yang diterbitkan DBP iaitu Kamus Dewan (KD), Kamus Dewan Perdana (KDP) dan KP.

“Misalnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)(KD4), tambi ditakrifkan sebagai ‘panggilan untuk orang India berpangkat adik’, Kamus Pelajar (1987) ‘panggilan untuk orang keling yang lebih muda daripada kita’ dan Kamus Dewan Perdana (2020) pula ‘panggilan untuk orang lelaki muda India yang berpangkat adik’.

“Tentang penggunaan kata orang keling dalam takrif tambi pada KP, kamus ini diterbitkan pada tahun 1987 lagi dan dikemas kini edisinya pada tahun 2007 dengan hanya membuat penambahan entri sahaja,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

DBP berkata demikian bagi memberikan penjelasan berhubung definisi perkataan ‘tambi’ yang diberikan dalam laman sesawang jabatan tersebut.

Walau bagaimanapun, DBP memberitahu dari segi pengolahan maknanya, ada perubahan dan pembaikan yang diusahakan oleh penyusun Kamus Dewan terhadap kata keling tersebut sesuai dengan unsur sejarah dan faktor sosiolinguistik perkataan itu.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, DBP memberitahu antara prinsip utama yang perlu dipatuhi dalam proses memberikan takrif terhadap sesuatu perkataan ialah kata dan makna yang dirakamkan dalam kamus itu harus menggambarkan penggunaan sebenar oleh masyarakat penuturnya.

Namun, DBP memaklumkan bagi mengelakkan pertikaian dalam kalangan pengguna, satu prinsip lagi yang perlu dipatuhi pengamal perkamusan adalah keperluan untuk meletakkan label tertentu pada kata atau makna yang berkenaan.

“Misalnya, daripada makna yang dirakamkan oleh KD 1989, 1994, secara tersurat, KD cuba mendidik masyarakat bahawa keling ialah kata yang kurang halus untuk digunakan, dan yang lebih halus digunakan ialah kata India, iaitu panggilan kepada orang India.

“Perubahan terkini yang dilakukan terhadap entri keling ini, maklumat tentang penggunaan kata ini diberikan penekanan oleh KDP.

“Dalam kamus terbitan terbaharu DBP ini, kata keling diberikan label penggunaannya sebagai tabu. Label tabu diberikan pada kata larangan dalam budaya sesuatu bangsa atau kaum,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mengecam DBP kerana memasukkan perkataan keling dalam definisi tambi.

Ramasamy menggesa DBP memohon maaf dan membetulkan perkara itu.

Semalam, seorang aktivis masyarakat India juga mengecam DBP dalam satu laporan media berhubung pendefinisian perkataan tambi oleh jabatan tersebut yang disifatkannya sebagai menghina masyarakat India di Malaysia.

Menurut beliau, perkataan keling yang digunakan laman sesawang DBP untuk mendefinisikan kata tambi merupakan istilah yang dianggap oleh masyarakat India sebagai menunjukkan rasa tidak hormat. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.