nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkataan keling merupakan bahasa Melayu kuno

22 MAC: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang mengecam tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana memasukkan perkataan ‘keling’ dalam definisi ‘tambi’ perlu meneliti semula sejarah Rumpun Melayu Nusantara khususnya di zaman praSrivijaya di mana sebelum kedatangan Islam rata-ratanya menganuti kepercayaan Hinduisme dan majoritinya menjadi pengikut Dewa Shiva dan Vishnu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata ia bercampur aduk dengan kepercayaan memuja elemen-elemen alam semula jadi di sesuatu tempat tersebut menjadikan Rumpun Melayu ketika itu antara komuniti manusia yang cukup kuat perasaan kerohaniannya.

Menurut beliau, antara kerajaan-kerajaan Hindu Rumpun Melayu di zaman pra empayar Srivijaya ialah Tambralinga yang berpusat di Ligor (Thailand), kerajaan Kalingga di Jawa Tengah, kerajaan Kutai di Timur Kalimantan, kerajaan Zamin Turan di Kedah oleh Merong Mahawangsa, kerajaan Gangga Nagara di Beruas, Perak dan kerajaan Chih Tu di Kelantan.

“Ajaran Hindu dipercayai dibawa oleh para pedagang dari Benua Kecil India, secara spesifiknya oleh etnik Kalinga dari Odisha bersama tulisan Pallava dan bahasa Sanskrit yang kelak memperkayakan perkembangan Bahasa Melayu Kuno. Mereka inilah yang digelar sebagai ‘Keling’ oleh nenek moyang Rumpun Melayu.

“Hingga ke hari ini, masyarakat Hindu di wilayah Odisha, India menyambut perayaan Bali Yatra sempena pelayaran nenek moyang mereka ke Pulau Bali membawa agama Hindu dalam misi perdagangan mereka ke Nusantara.

”Lalu tibalah era di mana empayar Srivijaya terbentuk di Nusantara dalam abad ke-7 oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa selaku Maharaja Srivijaya yang pertama. Pada awalnya para pemerintah empayar ini menganuti agama Hindu. Kemudiannya apabila mereka berhubungan dengan keluarga Diraja Sailendra di Jawa Tengah yang dipercayai berasal dari keturunan empayar Funan di IndoChina mengikut pendapat pengkaji sejarah dari Perancis bernama Coedes (1934).

“Maka sedikit demi sedikit pengaruh agama Buddha aliran Mahayana menyerap ke dalam empayar Srivijaya sehingga ia dikembangkan lagi menjadi agama Buddha aliran Vajrayana anutan empayar tersebut.

Pada abad ke-9, candi Borobudur telah dibina oleh Dinasti Sailendra yang ketika itu berkuasa dalam empayar Srivijaya di Jawa Tengah.

“Ini merupakan infrastruktur keagamaan (Buddha Mahayana) yang terbesar di dunia. Jauh lebih besar dari candi Lembah Bujang di Kedah atau dibandingkan dengan kompleks Kuil Hindu Prambanan zaman Dinasti Sanjaya di kota Jogjakarta. Malah kawasannya lebih luas dari Kota Angkor Wat Empayar Khmer di Kemboja. Begitu hebatnya binaan Rumpun Melayu Dinasti Sailendra zaman Srivijaya ketika itu, “katanya menerusi kenyataan kepada PN BBC Portal, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz memberitahu pencerobohan Empayar Tamil Chola terhadap Dunia Melayu Nusantara pada tahun 1025 merupakan detik sejarah apabila memusuhi Srivijaya yang merupakan empayar maritim berasaskan agama Buddha yang turut tergolong dalam kategori agama jenis ‘Dharma’ sama seperti Hindu kerana mempunyai asal-usul yang saling berkait.

Beliau berkata, sungguhpun perseteruan itu mungkin bersifat politik atau persaingan kuasa semata-mata namun konflik berdarah tersebut telah menyebabkan Rumpun Melayu Nusantara tidak lagi mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana kerajaan dari Benua Kecil India seperti sebelumnya kecuali beberapa proksi Chola di Kedah dan utara persisiran Sumatera.

“Tatkala melihatkan pertalian agama jenis Dharma tidak lagi boleh memberikan keselamatan atau perlindungan dalam hubungan diplomatik antara Rumpun Melayu dengan bangsa-bangsa asing di perbatasan Nusantara, diperhebatkan lagi dengan ketelusan akhlak para pedagang Muslim yang hadir berniaga secara adil dan berdakwah yang bijaksana, maka Islam menjadi agama pilihan yang makin popular terutama di zaman Empayar Melayu Melaka.

“Tamadun Islam dari Timur Tengah dilihat maju dari segi pencapaian teknologi malah penerimaan Islam oleh Raja-Raja Rumpun Melayu ketika itu menjadi faktor kaum pribumi memeluk Islam beramai-ramai. Majapahit merupakan empayar Rumpun Melayu (Jawa) di Nusantara yang terakhir berakidah agama jenis Dharma iaitu Hindu,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Faiz menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja kerajaan Rumpun Melayu yang kekal menganuti agama jenis Dharma seperti Hindu di Pulau Bali atau masih mengamalkan kepercayaan animisme di kawasan pedalaman jauh dari persisiran pantai sekitar Nusantara menjelang abad ke-16.

“Kedatangan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris tidak berjaya memurtadkan majoriti Rumpun Melayu Nusantara kepada agama Kristian kerana kehadiran “orang putih” secara biadab serta memanipulasi persengketaan dalaman kerajaan-kerajaan Nusantara akhirnya memberi imej buruk terhadap kepercayaan yang dianuti oleh penjajah Barat tersebut.

“Kristian hanya berjaya dikembangkan secara berleluasa di Filipina di zaman penjajahan Empayar Sepanyol yang ketika itu cukup agresif dengan polisi “Inquisition” terhadap para pribumi koloni jajahannya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.