nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamid Bador yakin mampu tangani ‘kartel’ polis

22 MAC: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberi jaminan bahawa isu kartel dalam kalangan pegawai polis akan dapat ditangani pihaknya tanpa perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Saya akan sampaikan kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mengenai perkara ini, tidak perlu (laporan) tapi terpulang kepada menteri sama ada perkara itu untuk diangkat kepada SPP atau tidak. Ada yang menyuruh untuk dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sebenarnya saya tegaskan ia masih dalam kawalan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Abdul Hamid berkata, dia meminta maaf secara terbuka kepada Hamzah kerana tidak memaklumkan perkara itu kepadanya, kerana menganggap itu adalah isu dalaman yang dapat ditangani.

“Saya minta maaf secara terbuka kepada menteri, dia tidak tahu dan saya anggap ini perkara dalaman, dan saya sebagai IGP bertanggungjawab kongsikan cerita ini dengan orang ramai,” katanya.

Menjelaskan kegiatan kartel dalaman polis itu, Abdul Hamid berkata dia mahu menghentikan budaya mengugut orang awam yang ingin tampil memberi maklumat dan budaya rasuah, dalam kalangan polis.

“Saya tidak mahu uniform biru ini digunakan untuk mengugut orang, kalau di Amerika Syarikat ia dipanggil ‘Blue Code of Silence’, maknanya kalau polis sesama polis lakukan kesalahan, tutup masuk bawah karpet dan jangan dihebahkan nanti kita akan hilang taring kita, saya tidak mahu itu semua.

“Kepada mereka yang mengkritik tindakan saya mendedahkan perkara ini, saya minta mereka sedarlah dan muhasabah diri masing-masing. Khususnya kepada mereka yang telah bersara, yang masih ingin menggunakan kedudukan dan kuasa sebagai pegawai tinggi dulu, nak meminta itu dan ini daripada para pegawai saya, apabila tidak dilayan kecewa dan mula cari salah sana sini.

“Saya ingin beritahu kepada kumpulan ini bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini bukan saya punya, tapi kepunyaan negara, saya sebagai IGP mesti menyakinkan kerajaan yang saya akan memimpin PDRM ini ke arah jalan yang betul.

“Saya akan perbetulkan budaya yang tidak baik ini, dan saya minta pegawai saya hentikan rantaian budaya yang mengambil duit dari bawah bawa ke atas untuk saya, sampai pegawai bawah pun takut nak ambil tindakan kerana, IGP nak. Ini berlaku dulu,” katanya.

Menurutnya, dia telah memberi perakuan kepada Hamzah bahawa, akan membawa perkara tersebut ketika perbincangan dengan menteri itu tidak lama lagi, dan yakin kegiatan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab ini, dapat dia tangani tanpa perlu dibawa ke atas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.