nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM bersedia hadapi ‘ugutan’ Korea Utara

22 MAC : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan negara masih dalam keadaan selamat selepas tindakan Malaysia ‘menghantar pulang’ kakitangan dan ahli keluarga diplomatik Korea Utara selepas negara itu memutuskan hubungan dengan Malaysia.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku susulan tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Menurut beliau,  ia termasuk kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Kim Yu-Song yang mengeluarkan kenyataan ‘Malaysia akan menanggung akibatnya’ kerana mengekstradisi seorang rakyat mereka ke Amerika Syarikat.

“Kalau orang marah, memang akan cakap seperti itu tetapi kita akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya dia berada di sini namun mereka hendak pergi, biarlah pergi.

“Kita menerima pelbagai ugutan tetapi apa yang penting pihak keselamatan tetap berjaga-jaga dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. PDRM sentiasa siap sedia untuk berdepan segala kemungkinan,” katanya menerusi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid juga menjelaskan  pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan sejarah sendiri menyatakan sedemikian.

Semalam, Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song memberi peringatan keras terhadap Malaysia berhubung tindakan kerajaan dalam isu melibatkan rakyat warganegara republik itu.

Dalam kenyataannya kepada media sebelum keluar meninggalkan kedutaan, Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya kerana insiden tersebut telah menjejaskan kedaulatan negaranya.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi kenyataan semalam menyatakan tindakan Malaysia ‘menghantar pulang’ kakitangan dan ahli keluarga diplomatik Korea Utara selepas negara itu memutuskan hubungan dengan Malaysia adalah sesuai dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Menurut beliau, kerajaan sama sekali tidak akan bertanggungjawab atas keputusan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Terdahulu, Malaysia memberi tempoh 48 jam kepada pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara untuk meninggalkan negara.

Keputusan tersebut diambil selepas Korea Utara bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengekstradisi seorang warganegaranya ke Amerika Syarikat (AS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.