nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM siasat semua laporan langgar SOP termasuk libatkan VVIP

31 MAC : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 12 kertas siasatan dibuka melibatkan golongan VVIP yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan. 

Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan tiga daripada VVIP tersebut tidak diambil tindakan kerana siasatan mendapati berada dalam tugasan rasmi serta mengikuti SOP ditetapkan.

“Berkenaan kononnya polis tidak ambil tindakan terhadap VVIP, saya nak nyatakan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua kes yang diterima dan dilaporkan.

“Dari awal PKP dikuatkuasakan, terdapat 12 kertas siasatan dibuka dan ada dalam kalangan VVIP ini telahpun dikompaun serta membayar kompaun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan, hari ini. 

Dalam pada itu, ditanya berkenaan laporan terhadap pelanggaran SOP pada majlis perkahwinan melibatkan anak seorang ahli Parlimen di sebuah hotel di Seremban, Huzir memberitahu, ahli Parlimen berkenaan telahpun memberi keterangan kepada polis pada Selasa dan keterangan daripada pihak hotel telahpun dirakam.

Beliau berkata, pegawai yang menjalankan siasatan akan mengambil tindakan sewajarnya jika benar berlaku pelanggaran SOP.

“Berkenaan laporan terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan melanggar SOP ketika mengadakan lawatan di Kem Sendayan, Seremban, kita akan merakam keterangan penganjur majlis.

“Kita juga akan merakam percakapan Ketua Polis Daerah Brickfields (Asisten Komisioner Anuar Omar) yang mengesahkan program berbasikal dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin pada 13 Mac lalu mendapat kebenaran untuk dilaksanakan dan mengikut SOP,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, indeks jenayah negara pada tahun lalu menunjukkan penurunan 24 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ada pelbagai sebab indeks jenayah menurun antaranya pelaksanaan PKP menghadkan pergerakan dan kehadiran pihak berkuasa serta lain-lain agensi di merata tempat.

“Sepanjang PKP, polis juga tidak berhenti menjalankan operasi tangkapan jenayah yang dikenal pasti,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.