nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 PKPD di Sabah dan Sarawak, PKP di Lahat Datu

10 APRIL: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti di Sarawak dan dua lokaliti di Sabah, bermula esok.

Di Sarawak, lokaliti itu adalah di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Mukah; Politeknik Mukah dan Kampung Menuang Baru, Limbang, manakala di Sabah, membabitkan Kampung Muhibbah Raya, Tawau serta Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Mukah selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sehingga 9 April 2021, sebanyak 23 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini.

KKM mengesahkan berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Rumah panjang itu adalah Rumah Panjang Subing anak Jabo/Stevenson anak Ebek, Rumah Panjang Dingun anak Tidih, Rumah Panjang Nyaun anak Ganai, Rumah Panjang Anak Tangkun dan Rumah Panjang Budin anak Majang/Migi anak Kadong.

Selain itu, Rumah Panjang Kinseng anak Jelian, Rumah Panjang Muda anak Lunjang, Rumah Panjang Ambo anak Ayom dan Rumah Panjang Jiram anak Tang.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di sembilan lokaliti sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Mukah, Sarawak bermula 11 April sehingga 24 April 2021.

“PKPD ini bagi memastikan pergerakan penduduk di lokaliti terbabit dapat dikawal untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD Politeknik Mukah pula dibuat selepas KKM hari ini, melaporkan sehingga kini, daripada 72 ujian saringan dijalankannya di situ, sebanyak 13 kes positif COVID-19 direkodkan.

Kadar kebolehjangkitan di lokaliti ini, katanya adalah tinggi seperti disahkan KKM berikutan kesemua pelajar dan kakitangan bergerak bebas dalam kampus, sekali gus meningkatkan risiko penularan kes.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Politeknik Mukah, Mukah, Sarawak berkuat kuasa 11 April sehingga 24 April 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM mengawal pergerakan dan memastikan saringan serta pengesanan dijalankan ke atas semua 1,396 pelajar dan kakitangan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, PKPD di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak puls dilaksanakan selepas 165 ujian saringan dijalankan KKM sehingga ini di lokaliti itu, mendapati sebanyak 10 kes positif COVID-19 dilaporkan, selain disahkan terdapat penularan kes dan kadar kebolehjangkitan tinggi di situ.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak berkuat kuasa 11 April sehingga 24 April 2021.

“PKPD ini akan memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan COVID-19 dengan cepat serta berkesan, sekali gus menghalang penularan kes di lokaliti ini,” katanya.

Berhubung PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah, katanya, kerajaan melaksanakan keputusan itu kerana sehingga kini, KKM sudah menjalankan 113 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 30 kes positif COVID-19 dilaporkan dengan pengesahan bahawa terdapat penularan kes, selain kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti berkenaan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah berkuat kuasa 11 April sehingga 24 April 2021.

“PKPD ini sebagai tindakan kawalan dan langkah pencegahan COVID-19 daripada menular ke lokaliti lain,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan melaksanakan PKPD di Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah selepas 543 ujian saringan dijalankan KKM mendapati sebanyak 26 kes positif COVID-19 dilaporkan, selain mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh seminggu serta kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti itu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa 11 April sehingga 24 April 2021.

“PKPD ini sebagai langkah pencegahan COVID-19 daripada menular ke lokaliti lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lahad Datu, Sabah selama dua minggu selepas KKM melaporkan situasi kes COVID-19 di lokaliti terbabit.

Sehingga kini, katanya, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif direkodkan dalam tempoh 14 hari di lokaliti itu, selain terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.

Malah, jelasnya, KKM memaklumkan berlaku peningkatan mendadak kes postif harian dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di Lahad Datu, Sabah berkuat kuasa 11 April sehingga 24 April 2021.

“PKP ini bagi memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular ke kawasan lain,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD  di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan akan ditamatkan seperti dijadualkan, esok.

Berdasarkan pengesahan KKM, daripada 123 ujian saringan dijalankannya di lokaliti itu, sebanyak 29 kes positif COVID-19 direkodkan, selain berlaku penurunan dengan kes terakhir direkodkan adalah pada 6 April 2021 iaitu, dua kes.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada 11 April 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 78 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, 74 dikompaun, manakala empat direman.

“Tiada penjarakan fizikal mencatatkan kesalahan paling tinggi, iaitu 35 individu, rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran  (22) serta gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (11), selain tidak memakai pelitup muka (10),” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.