nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahmad Fuzi dilantik TYT Pulau Pinang Ke-8

12 APRIL: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-8.

Perlantikan itu bagi mengantikan Tun Dr Abdul Rahman Abbas yang tamat tempoh perkhidmatan selepas memegang jawatan terbabit selama 20 tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan perkara itu pada sidang media di pejabatnya di George Town, hari ini.

“Warkah pelantikan Ahmad Fuzi diterima kerajaan negeri daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 8 April lalu.

“Menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menguruskan segala upacara dan istiadat pelantikan itu sebaik mungkin, selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akan memastikan proses peralihan ini berjalan lancar,” katanya.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menghargai segala jasa dan amanat Abdul Rahman sepanjang memegang jawatan Yang di-Pertua negeri Ke-7.

“Dengan ini, saya mewakili pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tun Abdul Rahman Abbas di atas jasa serta bakti beliau sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-7 selama 20 tahun,” katanya.

Menurut Kon Yeow, beliau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri sudah mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Abdul Rahman tengah hari ini, bagi memaklumkan warkah diterima itu.

Katanya, majlis penyerahan watikah pelantikan Ahmad Fuzi sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-8 akan diadakan pada 30 April ini di Istana Negara.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertua Negeri pula, jelasnya, bakal berlangsung di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, keesokannya.

Ahmad Fuzi yang juga anak jati Pulau Pinang dilahirkan pada 8 Januari 1949.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.